fbpx
Now Reading
Ini Resepi Mudah & Senang Buat Oden Homemade Ala Family Mart

Ini Resepi Mudah & Senang Buat Oden Homemade Ala Family Mart

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ha.. bagi pengemar makanan jepun iaitu oden, korang wajib tengok apa yang bakal kami kongsikan kepada anda semua. Kali ni kami ingin berkongsikan satu resepi membuat oden ala Family Mart yang korang boleh cuba buat dekat rumah sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Sis Ain Aziz yang menunjukkan cara-cara membuat oden homemade.

Bagi yang tidak mengenali menu ini, ianya merupakan makanan masyarakat Jepun yang dimakan ketika musim sejuk. Hidangan ini terdiri daripada telur rebus, lobak putih, kek ikan dan sebagainya yang dimasukkan ke dalam sup.

Jom kita cuba!

RESEPI ODEN HOMEMADE ALA FAMILY MART

Kredit: Youtube/ Kito TV

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • 2 paket kecil perencah pes asam pedas
  • 4 sudu makan perencah tomyam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Air secukupnya
  • Bahan-bahan Oden ( fish tofu, seafood tofu dan sebagainya)

CARA MEMASAK ODEN

  1. Panaskan perencah pes asam pedas dalam periuk dan kemudian masukkan air.
  2. Seterusnya masukkan pes tomyam. Jumlah boleh diubah suai ikut citarasa masing-masing.
  3. Tambah sedikit perasa jika perlu.
  4. Cucuk bahan-bahan oden menggunakan lidi satay dan masukkan ke dalam periuk berisi kuah tadi.
  5. Biarkan kuah mendidih dan bahan-bahan oden tadi masak.
  6. Sedia untuk dinikmati.

Hasilnya:

Kredit: Instagram/ @cookbyain

INFO:

  • Jika nak kuah oden yang cair dan tidak terlalu pedas, guna 1 paket sahaja perencah asam pedas.
  • Elakkan letak garam kerana perencah sudah memberikan rasa.
  • Sebelum letak perasa, rasa dulu kuah dan tambah jika perlu sahaja.

Lepas ni tak perlu pegi Family Mart beratur bagai sebab kita dah boleh cuba buat oden sendiri dekat rumah. Kawan-kawan atau keluarga bolehlah rasa masakan korang kali ni. Selamat mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.