fbpx
Now Reading
Ini Petua Mudah Bagi Hilangkan Rasa Penat Di Badan

Ini Petua Mudah Bagi Hilangkan Rasa Penat Di Badan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di musim PKPB ini mesti ramai yang work from home je kan? Terkadang badan korang macam penat sangat, nak-nak lagi yang perlukan komitment sepenuhnya menghadap laptop dan juga telefon, betul tak?

Disebabkan kita kurang bersenam menyebabkan badan kita mudah terasa lesu dan tidak bermaya. Jadi kami nak kongsikan sedikit petua orang dulu-dulu bagi kembalikan kesegaran pada badan kita. Jom!

CARA PENYEDIAAN MANDIAN LIMAU PURUT

Kredit: Tanny.io
  1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus
  2. Ambil 5 biji buah limau purut, kemudian potong menjadi 4 bahagian
  3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam
  4. Ramaskan daun limau purut dan perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya
  5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi
  6. Ratakan ke seluruh badan terutamanya kepala dan rambut
  7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda

Keharuman limau purut ini dapat membantu melegakan keletihan kita selain ia sangat bagi untuk kesihatan kita sebenarnya. Daun dan buah ini juga membantu kita untuk membuang toksin dari badan dengan baik dan juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan. Semoga petua yang kami kongsikan ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.