fbpx

Ini Tips Putihkan Tangan & Kaki Yang Hitam Dengan Gunakan 2 Bahan Sahaja

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Haa.. tak kisahlah lelaki ataupun perempuan pasti selalu complain pasal kulit tangan atau kaki terlalu gelap kan? Mana taknya tangan dan kaki kita seringkali terdedah pada cahaya matahari, jadi tak hairanlah kalau itu punca mengapa kulit tangan dan kaki kita menjadi hitam.

Tetapi, disebabkan ramai yang asyik mengadu je tu, jom ikuti kami cara-cara memutihkan kulit tangan kita dengan menggunakan 2 bahan sahaja. Tips ini dikongsikan oleh sis Eina Shukry tau!

Kredit: Facebook/ Eina Shukry

BAHAN YANG DIGUNAKAN IALAH

  • Krim Aloe Vera dari Safi
  • Losyen Healthy White dari Vaseline

Kedua-dua bahan ini digunakan bagi membantu mencerahkan semula tona-tona kulit yang tidak sekata pada bahagian tangan dan kaki kita. Korang boleh amalkan 2 bahan ini pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Jom tengok hasil pemakaian sis Eina ini selama sebulan.

Ini pula hasil selepas sis Eina kita tambah lagi 2 minggu. Nampak tak? Hebat kan? Kadang kalau nak cantik, tak perlu berhabis duit beli produk jenama mahal tapi cukup sekadar mengetahui bahan-bahan yang diperlukan dalam produk tersebut.

Kredit: Facebook/ Eina Shukry

CARA PAKAI

Kredit: Facebook/ Eina Shukry
  • Calit-calit dulu krim safi pada kulit kita dan kemudian sapu sampai rata.
  • Seterusnya, letakkan losyen Vaseline itu di bahagian yang sama dan sapukan dengan rata.

NOTA TAMBAHAN

  • Pastikan losyen tersbeutdari Vaseline atau nivea.
  • Krim safi tersebut gabungan lidah buaya dan habbatus sauda yang berwarna hijau (Krim Kecantikan).
  • Jangan tertukar antara krim kecantikan dan krim pelembap. Ramai yang salah beli.

Ini antara tips bagaimana korang boleh putihkan kembali kulit di bahagian tangan dan kaki, malah di mana-mana sahaja bahagian anggota badan yang korang rasa nak cerahkan. Selamat mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.