fbpx
Now Reading
Kerap Duduk Rumah & Takut Berat Badan Naik? Ini Tips Mudah Kawal Selera Makan

Kerap Duduk Rumah & Takut Berat Badan Naik? Ini Tips Mudah Kawal Selera Makan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam menangani penularan Covid-19 membuatkan ramai dari kita menghabiskan masa banyak masa di dalam rumah berbanding di luar.

Namun, situasi ini menyebabkan kita kerap melakukan aktiviti yang sama berulang kali sehingga cepat terasa bosan dan akhirnya kita memilih untuk mengunyah sesuatu makanan.

Kredit: mStar

Hal ini boleh menyebabkan berat badan individu tersebut naik mendadak sehingga mengalami obesiti yang melampau jika tidak mengawal pengambilan pemakanan yang berlebihan.

Oleh itu, terdapat satu perkongsian yang dibuat oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkongsikan tentang cara pengawalan nafsu makan kita ketika lapar. Jom kita tengok sampai habis!

#1 Disiplin menikmati makanan mengikut waktu utama seperti yang disarankan

  • Sarapan (pukul 7 hingga 8 pagi)
  • Makan tengah hari (pukul 12 tengah hari hingga 2 petang)
  • Makan malam (pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam)

#2 Jangan melangkau waktu makan utama

#3 Kawal kuantiti setiap makanan yang diambil sekiranya tidak dapat kawal makan dengan kerap

#4 Banyakkan minum air putih

#5 Lebihkan pengambilan serat antaranya sayur, buah dan makanan bijirin penuh

#6 Jangan letak makanan kegemaran di tempat yang mudah dilihat

#7 Alihkan perhatian dengan melakukan aktiviti berfaedah bersama keluarga

Haa… ini antara tips yang dikongsikan oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia tau! Jadi, kami sarankan korang yang mana banyak habiskan masa di dalam rumah tu jagalah kesihatan dan janganlah makan makanan yang tidak berkhasiat sebab boleh memudaratkan atau menjejaskan kesihatan korang juga. Sayangi nyawa anda seperti mana anda menyayangi diri anda sendiri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.