fbpx
Now Reading
Lari 10 Minit Sehari Mampu Jauhkan Diri Kita Dari Penyakit Kronik

Lari 10 Minit Sehari Mampu Jauhkan Diri Kita Dari Penyakit Kronik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Biarpun kita kini tidak digalakkan untuk melakukan sebarang aktiviti di luar rumah, namun ia tidak seharusnya dijadikan sebagai alasan untuk tidak melakukan aktiviti fizikal seperti senaman betul tak?

Kalaulah semua orang tahu akan kelebihan dari membuat senaman ini pasti ramai yang kini dalam keadaan yang sihat dan cergas walaupun hanya berada di dalam rumah sahaja.

Kredit: Enjoy Healthy Life Blogger

Malah, jika anda mempunyai bentuk badan yang sihat dan ideal sekalipun bukan bermaksud anda perlu berasa selesa dengan tidak melakukan sebarang senaman. Salah tu! Senaman ini boleh mengurangkan kita dari risiko terkena penyakit kronik tau.

Selain itu, ada juga yang risau akan keselamatan mereka ketika berlari. Jadi, kami akan kongsikan kepada anda tips bagi berlari dengan selamat. Jom baca sampai habis!

CARA BERLARI DENGAN SELAMAT

Kredit: Maskulin
  • Pastikan anda memakai kasut larian yang betul dan saiz yang tepat
  • Jangan paksa kaki untuk berlari dalam kasut kurang sesuai
  • Tingkatkan jarak larian secara berperingkat
  • Campur aktiviti larian dengan senaman lain seperti berbasikal atau berenang
  • Panaskan badan sebelum mula berlari
  • Lari dalam postur badan yang betul

Note: Ini akan membantu korang bagi mengelakkan kecederaan pada bahagian kaki anda.

KELEBIHAN BERLARI:

  • Merendahkan risiko kematian akibat serangan sakit jantung atau strok
  • Mengurangkan risiko berdepan penyakit berkait kardiovaskular
  • Mampu mengurangkan risiko kanser
  • Menjauhkan anda daripada penyakit neurologikal seperti Alzheimer dan Parkinson

KELEBIHAN LAIN YANG DIPEROLEHI SELEPAS KERAP MELAKUKAN AKTIVITI LARIAN:

  • Tidur yang lebih nyenyak
  • Meningkatkan mood
  • Konsentrasi lebih baik
  • Selera makan juga bertambah

Haa.. macam mana baguskan kelebihan-kelebihan yang kita dapat dari hasil melakukan aktiviti larian ini. Jadi tunggu apa lagi, jomlah mulakan sekarang demi mendapatkan tubuh badan yang sihat dan kesihatan yang baik.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.