fbpx
Now Reading
Keluar Dating Selalu Tak Tahu Nak Pesan Apa, Ini 5 Cadangan Hidangan Yang Sesuai Untuk Korang Makan Berdua

Keluar Dating Selalu Tak Tahu Nak Pesan Apa, Ini 5 Cadangan Hidangan Yang Sesuai Untuk Korang Makan Berdua

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Haa…bagi korang yang susah sangat nak buat keputusan nak makan ketika keluar dating, mesti korang dilema kan sama ada nak pilih yang berat ataupun yang ringan untuk makan bersama.

Jadi, ini 5 cadangan hidangan yang sesuai untuk korang makan berdua. Baca sampai habis tau kalau nak tahu!

#1 MAKANAN JEPUN

Kredit: Live Japan
  • Makanan yang disajikan di restoran Jepun ini pastinya boleh menjadi pilihan korang sebab ianya lebih ringan dan senang di makan terutamanya sushi.
  • Wanita akan setuju sekiranya teman lelakinya memilih destinasi ini untuk makan bersama kerana mereka sebolehnya mahu kelihatan sopan dan tidak gelojoh ketika keluar bersama apatah lagi jika itu merupakan pertemuan pertama!

#2 SALAD

Kredit: The Modern Proper
  • Kalau hidangan ini juga sesuai dimakan ketika keluar bersama si dia sebab makanan sebegini juga ringan dan membuatkan perhatian anda lebih tertumpu dengan si dia dan ada lebih banyak masa untuk berbual. Betul tak?

#3 PASTA

Kredit: A Couple Cooks
  • Hidangan ini pastinya lebih mengenyangkan, jadi ianya sesuai jika korang memesan menu ini untuk dinikmati bersama.
  • Namun, berkemungkinan segelintir wanita tidak suka akan hidangan pasta kerana ia boleh merosakkan gincu yang dipakai olehnya.
  • Jadi, para lelaki kena alert ya!

#4 STEAK

Kredit: Cooking Classy
  • Bagi pengemar hidangan ini pastinya suka jika mereka dapat makan steak ketika keluar dating, betul tak?
  • Hidangan ini sudah cukup mengenyangkan korang berdua walaupun ianya tidak terlalu berat. Best kan!

#5 HIDANGAN MINUM PETANG

Kredit: Rock Recipe
  • Hidangan minum petang seperti set pilihan scones, kek dan manisan lain juga sangat sesuai dipesan ketika keluar dating bersama si dia, tambah lagi jika air yang diminum itu teh hangat. Mesti gempak macam ala-ala makan dekat luar negara gitu!
  • Sambil korang makan hidangan macam ini, mood korang untuk berbual pun jadi best tau!

Jadi, inilah antara 5 jenis hidangan yang boleh dipesan ketika keluar dating dengan pasangan korang. Harap ia dapat membantu korang untuk buat pilihan ya! Selamat mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.