fbpx
Now Reading
Ini Seleksi 6 Produk Pencuci Muka Bawah RM20 Yang Lelaki Patut Cuba

Ini Seleksi 6 Produk Pencuci Muka Bawah RM20 Yang Lelaki Patut Cuba

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi wanita, penjagaan kulit muka sangat penting untuk mereka tampil lebih berkeyakinan. Sebab itulah kebanyakan produk kecantikan dihasilkan khusus untuk kaum wanita berbanding lelaki.

Namun tanya pada mana-mana lelaki yang menjaga penampilan dan kulit mereka tentang produk yang digunakan mereka, rata-rata pasti menggunakan pencuci muka ataupun skrub muka.

Ini kerana selain mencuci wajah, ia juga berfungsi memberikan perlindungan dari elemen-elemen yang tidak baik untuk kulit.

Memandangkan terdapat banyak lambakan produk pencuci wajah di bawah kongsikan beberapa jenis produk pencuci muka yang bagus dan harganya yang mampu milik iaitu di bawah RM20 (setakat artikel ini ditulis) Jom intai!

#1 GARNIER MEN ACNO FIGHT

Kredit: Review Female Daily
  • Pencuci ini menggunakan khasiat dari wasabi yang mengandungi bahan anti-bakteria tau!
  • Ianya mampu menghapuskan 99% bakteria yang menyebabkan muka kita berjerawat selain dapat mengawal kadar minyak di muka kita. Hebatkan!

#2 L’OREAL MEN EXPERT

Kredit: L’oreal Paris
  • Pencuci ini dapat membersihkan wajah anda secara efektik dengan membuang segala kotoran dan juga menghidratkan kulit.
  • Selain itu, ia turut menjaga tekstur muka anda agar kekal segar.

#3 NIVEA MEN FACE CLEANSER

Kredit: Lazada/@nivea
  • Pencuci ini dapat membersihkan kotoran dan minyak yang terdapat di liang pori muka kita.
  • Selain itu, ia juga dapat melembutkan dan melembapkan kulit wajah kita selepas menggunakannya.

#4 BIOAQUA MEN ONLY OIL CONTROL

Kredit: Lazada/@Jpro_online
  • Pencuci ini dapat membersihkan kulit wajah kita dan juga berfungsi untuk mengawal tahap kelembapan wajah si pemakai.
  • Ia juga boleh digunakan untuk semua jenis kulit muka tau!

#5 NANOWHITE MEN OIL CONTROL PERFECT CLAY

Kredit: Carousell/@viveek22
  • Pencuci ini dapat mengurangkan kadar minyak di wajah kita dan dapat membantu tekstur kulit menjadi lebih baik.
  • Ia juga dapat memerangkap kotoran termasuklah mengurangkan kerosakan kulit wajah akibat pencemaran.

#6 MEN’S BIORE FACIAL FOAM DOUBLE SCRUB

Kredit: Twitter/@NaufalAntezem
  • Pencuci ini diformulasikan dari teknologi million-scrub dari Jepun tau!
  • Ia mengoptimasikan kemampuan pencucian detoks dengan Micro Scrubs yang boleh menembusi liang pori kulit kita.

Haa… Ini dia antara jenama produk yang boleh korang cuba tau! Selalunya harga pencuci saja dah mahal kan? Tapi kali ini kesemua jenama yang kami senaraikan di atas sangat berpatutan dan berbaloi untuk kulit muka korang. Tunggu apa lagi tu, jom tengok yang mana kulit muka korang sesuai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.