Kerap Alami Senggugut? Amalkan 4 Jus Ini Untuk Kurangkan Rasa Sakit
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Perempuan kebiasaannya pasti akan berasa sakit terutamanya di bahagian pinggang ataupun perut apabila waktu datang bulan betul tak?
Lebih teruk lagi, jika ianya terlalu sakit boleh menyebabkan emosi terganggu sehingga menjejaskan rutin harian mereka. Aduh, nak buat macam mana ni?
Jangan risau! Apa kata ikut tips yang bakal kami kongsikan kepada anda khususnya buat wanita yang sering mengalami masalah sakit senggugut.
#1 JUS CAMPURAN NENAS DAN LOBAK MERAH
- Gabungan kedua-dua bahan ini boleh membantu para wanita berasa lebih selesa ketika datang bulan selain membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian perut.
- Rasanya yang manis dan segar ini sangat sesuai untuk diminum.
- Nenas ini mempunyai kandungan bromelain yang dapat membantu otot-otot dinding rahim menjadi lebih relaks, manakala lobak merah mempunyai vitamin A yang tinggi dan baik untuk kesihatan tubuh badan kita.
- BAHAN-BAHAN:
- 1 potong nenas
- 2 batang lobak merah
- 1/2 cawan air
- 1 sudu makan madu (jika suka)
- CARA MEMBUAT:
- Masukkan kedua-dua bahan dalam pengisar bersama sedikit air.
- Kisar hingga halus dan tapis ambil jusnya sahaja.
- Jika ingin sedikit manis, boleh tambahkan satu sudu makan madu.
#2 JUS CAMPURAN EPAL, LOBAK MERAH DAN OREN
- Campuran ketiga-tiga bahan ini bukan hanya enak sebagai kudapan tetapi enak dibuat jus.
- Korang boleh amalkan ketiga-tiga bahan ini ketika datang bulan kerana ianya kaya dengan vitamin C yang dapat membantu mencegah peradangan.
- Ia juga secara tidak langsung dapat mengurangkan rasa sakit senggugut korang tu!
- BAHAN-BAHAN:
- 1 biji epal hijau
- 2 biji oren (buang kulit dan biji)
- 4 batang lobak merah
- 1/2 cawan air
- CARA MEMBUAT:
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
- Kisar halus dan tapis airnya.
- Sedap diminum secara sejuk.
#3 JUS CAMPURAN BUAH AVOKADO DENGAN UBI BIT
- Buah avokado ini sangat baik untuk bagi menghilangkan rasa sakit senggugut kerana kandungannya yang berupaya menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh badan.
- Ia juga kaya dengan vitamin B6 yang dapat membantu mencegah mood swing dan sakit-sakit badan dan ditambah pula dengan buah bit yang kaya dengan zat besi.
- Ketika haid, badan akan kehilangan beberapa mineral termasuk zat besi, jadi dengan mencampurkan buah ini dapat mengantikan zat besi yang hilang tu.
- BAHAN-BAHAN:
- 1 biji buah bit (saiz sederhana)
- 1/2 biji isi buah avokado
- 1 sudu makan jus lemon
- 1 sudu makan madu
- 1/2 susu rendah lemak atau air
- CARA MEMBUAT:
- Campurkan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
- Tapis dan sedia diminum bersama sedikit ais.
#4 JUS CAMPURAN PISANG DAN BAYAM
- Salah satu jus yang wajib korang cuba ialah jus campuran pisang dan bayam ini kerana pisang yang mempunyai vitamin B6 dan kalium ini boleh membantu mengelakkan kembung di bahagian perut.
- Ini kerana keadaan akan lebih teruk bila terkena kembung perut tau!
- Jadi dengan gabungan pisang dan bayam yang boleh membantu korang ketika datang haid.
- Bayam yang mempunyai antioksida yang boleh menjadikan metabolisme badan menjadi lebih baik.
- BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan daun bayam mentah
- 2 biji pisang (saiz sederhana)
- 150 ml yogurt vanila
- CARA MEMBUAT:
- Campurkan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar halus.
- Hidangkan dengan mencampurkan ketulan ais untuk rasa lebih sedap dan sejuk.
Haa..macam mana dengan tips yang kami kongsikan ini? Best tak? Nanti korang bolehlah cuba ketika datang haid tau! Ia juga sangat baik untuk kesihatan tubuh badan kita juga. Selamat mencuba!