fbpx
Now Reading
4 Jenis Ubat Ini Boleh Bantu Hilangkan Parut Jerawat

4 Jenis Ubat Ini Boleh Bantu Hilangkan Parut Jerawat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak kira lelaki ataupun perempuan semestinya pernah mengalami masalah parut jerawat kan? Terutamanya parut jerawat yang bertompok hitam atau kemerahan pastinya memakan masa yang lama untuk hilang. Betul tak?

Bahkan mereka yang menghadapi masalah ini seringkali hilang keyakinan diri dek kerana dianggap tidak reti menjaga kulit muka.

Jadi, untuk itu kami nak kongsikan kepada anda 4 jenis ubat yang boleh membantu menghilangkan parut jerawat. Meh, tengok jom!

#1 HIRUSCAR POST ACNE

Kredit: Soco
  • Hiruscar Post Acne ini diformulasikan khas untuk kegunaan setiap hari bagi merawat bekas jerawat ataupun parut bekas jerawat.
  • Ia juga berbentuk gel yang mudah dan cepat diserap ke kulit kita.
  • Ia dihasilkan oleh Medinova AG Switzerland dapat memperbaiki parut ‘depressed scar’ yang disebabkan oleh jerawat dan mencerahkan tompok-tompok hitam bekas jerawat.
  • Ia juga mengandungi bahan aktif utama seperti Allium Cepa Bulb Extract didalam Hiruscar Post Acne.
  • Untuk kesan yang lebih baik dan cepat, korang bolehlah guna gel ini sebanyak 2-3 kali sehari atau sekurang-kurangnya 2 minggu hingga 2 bulan untuk dapatkan hasil yang terbaik.
  • Gel ini bertindak melalui 3 cara iaitu:
    1. Mencerahkan tompok hitam dan tanda bekas jerawat.
    2. Melembutkan dan menghaluskan permukaan bekas parut jerawat.
    3. Menjadikan kulit lebih sihat dan tidak mudah dijangkiti jerawat semula.
  • Tapi, jangan sapukan gel ini pada luka terbuka atau jerawat yang masih belum sembuh tau!

#2 DERMATIX GEL

Kredit: AMS Pharmacy
  • Dermatix Gel ini telah diuji secara klinikal untuk memperbaiki, melembutkan, meratakan parut, melegakan gatal serta mencerahkan tompok hitam yang disebabkan oleh parut.
  • Namun, produk ini tidak sesuai untuk parut jenis ‘depressed scar’ yang disebabkan oleh jerawat atau chicken pox.
  • Untuk kesan yang baik, korang boleh gunakan gel ini pada parut yang baru (sehingga parut lepas 3 bulan), sebaik sahaja luka ataupun jerawat telah sembuh dan tertutup.
  • Kesan boleh dilihat selepas 12 minggu penggunaan gel ini secara berterusan.
  • 5 tips untuk guna Dermatix Gel:
    1. Sapu sedikit gel sahaja cukup untuk lapisan nipis atas parut. Sapu terlalu banyak gel hanya membazir dan ambil masa untuk kering.
    2. Satu tube 15g boleh digunakan untuk 2 bulan.
    3. Sebelum gunakan Dermatix, ukur atau ambil gambar parut anda dulu. Supaya senang anda bandingkan perkembangannya nanti.
    4. Jangan biarkan parut anda terdedah kepada suhu yang terlalu panas dan cahaya matahari yang terik.
    5. Jangan gunakan Dermatix pada luka yang belum sembuh.

#3 MEDERMA PROACTIVE GEL

Kredit: Ena Teo
  • Mederma Proactive Gel merupakan satu lagi ubat untuk merawat parut yang utama di pasaran. Gel ini dikeluarkan oleh syarikat Merz Pharma dari Jerman.
  • 3 kandungan utama dalam bahan Mederma ini berfungsi untuk memperbaiki parut. Antaranya ialah Cepalin, Allantoin dan Aloe Vera.
  • Cepalin terbukti mempunyai sifat anti-radang dan membantu untuk melembutkan tisu parut.
  • Allantoin pula mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan rasa gatal dan meratakan kulit.
  • Aloe Vera mempunyai sifat melembabkan, menyejukkan dan meningkatkan proses pembaharuan kulit.
  • Korang boleh gunakan Gel Mederma ini sekurang-kurangnya 2 kali sehari selama 8 minggu hingga 3-6 bulan untuk kesan yang terbaik.

#4 BIO-OIL

Kredit: Mommy Greatest
  • Bio-Oil ini khusus untuk penjagaan kulit bukan diformulasikan khas untuk parut jerawat tetapi tetap boleh digunakan untuk memperbaiki parut bekas jerawat sama ada baru ataupun lama.
  • Bio-Oil ini digunakan untuk memperbaiki parut, meregangkan kulit, memperbaiki warna kulit yang tidak sekata dan melembabkan kulit yang kering.
  • Ia mengandungi bahan aktif utama seperti Vitamin A, Vitamin E, minyak Kalendula, Lavender, Rosemary dan Kamomil.
  • Bio-Oil perlu disapukan pada parut 2 kali sehari dan gunakan selam 3 bulan serta jangan sapukan pada luka yang masih belum sembuh.

Haa…Macam mana okay tak? Korang bolehlah cuba keempat-empat jenis ubat ini bagi menghilangkan kesan parut jerawat terutamanya di bahagian kulit muka kita. Semoga ianya bermanfaat kepada korang ya!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.