fbpx
Now Reading
Ini Resepi Dessert Paling Simple & Sedap Untuk Minum Petang

Ini Resepi Dessert Paling Simple & Sedap Untuk Minum Petang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat pengemar dessert pastinya ingin mencuba kelainan kan untuk hidangan minum petang korang betul tak? Tapi tak tahu nak buat kuih apa. Jadi, daripada korang pening-pening fikir menu apa yang nak buat tu, meh sini ikut kami sebab mesti korang akan suka dengan apa yang bakal kami kongsikan ini tau!

Selain boleh dijadikan sebagai menu hidangan minum petang tu, korang juga boleh buat menu ini sebagai bekalan anak-anak ke sekolah sekali tau! Kalau mak-mak yang buat pasti anak-anak suka punyalah.

Foto sekadar hiasan. Kredit: Time Out

Ini 3 menu dessert paling mudah untuk korang buat untuk minum petang. Jom tengok sampai habis!

#1 APAM PANDAN

Kredit: Instagram/@dhora_kusumadewi

BAHAN 1:

  • 180gm gula pasir
  • 100ml air pandan / jus pandan + sedikit pes pandan
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • Campurkan semua bahan, didihkan hingga gula larut. Sejukkan.

BAHAN 2:

  • 250gm tepung gandum
  • 125gm tepung ubi / ayak
  • 250ml santan pekat
  • 1 sudu teh yis segera

BAHAN TABURAN:

  • Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan dikukus dengan daun pandan.

CARA MEMASAK:

  1. Siapkan loyang saiz 20×20, oles dengan minyak, alas dengan plastik dan oleskan semula dengan minyak.
  2. Campurkan semua bahan 2, adun menggunakan whisk.
  3. Tuangkan air pandan, adun rata dan tidak bergentel.
  4. Tuang dalam loyang yang telah dipasang dengan penyukatnya sekali.
  5. Biarkan lebih kurang 1 jam.
  6. Panaskan pengukus, bila pengukus sudah panas, kukus selama 35 minit dengan api sederhana.
  7. Angkat dan sejukkan, keluarkan dari loyang, potong-potong dan taburkan dengan kelapa parut yang telah diperasakan dengan sedikit garam dan telah dikukus.

Sumber:@dhora_kusumadewi

#2 APAM BALIK MINI BERKEJU

Kredit: Instagram/@miaharmoniati.putri

BAHAN-BAHAN:

  • 140ml susu cair suam
  • 30gm gula pasir
  • 1/2 sudu teh serbuk yis segera
  • 1 biji telur / saiz A
  • 125gm tepung serbaguna
  • Secubit garam
  • 30gm mentega yang telah dicairkan

BAHAN INTI:

  • Keju parut
  • Susu kental manis

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan susu suam, yis segera dan gula pasir ke dalam mangkuk, adun rata, biarkan selama 15 minit. Kemudian tambahkan telur, kacau rata dan ke tepikan.
  2. Dalam mangkuk adunan masukkan tepung gandum, garam dan susu cair, kacau rata, tambahkan mentega yang telah dicair. Adun rata.
  3. Tutup adunan dengan plastic wrap, biarkan selama 15-20 minit.
  4. Panaskan kuali dengan api sederhana.
  5. Menggunakan senduk bulat sebagai acuan tuangkan adunan dalam kuali.
  6. Biarkan hingga ia masak dan bersarang.
  7. Letakkan topping, lipat dua dan angkat.
  8. Sedia dihidangkan.

Sumber:@miaharmoniati.putri

#3 CHOUX CRAQUELIN

Kredit: Instagram/@dhora_kusumadewi

BAHAN-BAHAN TOPPING:

  • 35gm gula pasir / kisar
  • 30gm mentega
  • 30gm tepung gandum protein sederhana
  • 1/2 sudu teh serbuk coklat

BAHAN CHOUX:

  • 60gm mentega
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 120ml air
  • 70gm tepung protein sederhana
  • 2 biji telur

BAHAN INTI VANILA:

  • 35gm tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • 350ml susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 55gm gula pasir
  • 1 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat topping, masukkan serbuk coklat, mentega dan gula pasir.
  2. Gaul rata, masukkan pula tepung gandum dan gaul lagi.
  3. Balutkan doh dengan plastik wrap. Kemudian canainya menjadi lebar dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  4. Untuk adunan kulitnya/ chouxny. Panaskan air bersama mentega dan sedikit garam. Masak hingga mendidih.
  5. Tutup api dan masukkan tepung gandum, gaul rata.
  6. Pasang semula api dapur, masak lebih kurang 2-3 minit atau hingga timbul gelembung-gelembung putih di bahagian bawah periuk.
  7. Tutup semula api dan pindahkan adunan ke dalam mangkuk adunan, sejukkan.
  8. Sementara itu, pecahkan telur kacau rata dan tuang ke dalam adunan tadi, adun rata menggunakan spatula kayu. Hingga sebati dan berkilat.
  9. Masukkan dalam piping bag yang telah diper nozzle bulat. Untuk resepi ini ia menggunakan nozzle bulat saiz 2A.
  10. Paipkan dalam loyang yang telah dilenser dengan majerin.
  11. Letakkan topping diatasnya, kemudian bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 200c selama 20 minit dan 180c selama 10 minit.
  12. Angkat dan sejukkan.
  13. Akhir sekali isikan inti vanila dari bahagian bawah.
  14. Untuk menyediakan filling vanila, campurkan semua bahan kecuali mentega. Masak hingga meletop-letop dan pekat.
  15. Masukkan mentega, kacau hinga ianya cair. Tutup api dan masukkan dalam piping bag dan paipkan ke dalam Choux Craquelin.

Sumber:@dhora_kusumadewi

Haa… Macam mana dengan perkongsian ini? Best tak? Nanti bolehlah korang cuba buat di rumah tau. Selamat mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.