fbpx
Now Reading
Ini Tips Mudah Servis Dapur Gas Agar Berfungsi & Tampak Baru

Ini Tips Mudah Servis Dapur Gas Agar Berfungsi & Tampak Baru

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan isu-isu trending, berita semasa dan berita hiburan dari dalam dan luar negara.


Haa… Korang pernah tak hadapi masalah api dapur gas tak berapa kuat ataupun dah berkarat? Mesti pernah kan? Nak-nak lagi yang jenis masak 24 jam mesti rasa stress betul tak?

Confirm korang akan terus beli dapur gas yang baru kan? Tapi, apa kata korang cuba servis dapur gas sendiri dengan hanya menggunakan 4 bahan saja. Jadi, korang dah boleh save budget dari situ dan sangat berbaloi!

Jadi, tunggu apa lagi. Jomlah tengok cepat!

Kredit: Facebook/ Abdul Ghopar Zakaria Ansari

BAHAN-BAHANNYA:

  • Playar
  • Paku saiz seinci setengah
  • WD-40 (spray anti-karat)
  • Pisau

CARA-CARA SERVIS DAPUR GAS:

Kredit: Facebook/ Abdul Ghopar Zakaria Ansari
  1. Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas).
  2. Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (pastikan tungku sejuk ya, jangan yang panas pulak. Melecur tangan nanti).
  3. Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang).
  4. Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu).
  5. Sembur lagi sekali anti-karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal. (Buka tungku satu-satu ya, takut lupa cara pasang kedudukan asal).

Macam mana dengan perkongsian kami? Hebat kan? Haa.. Mana tahu servis dapur gas nanti isteri kita makin rajin masak makanan sedap lepas ini kan?

Tips ini dikongsikan oleh Abdul Ghopar Zakaria Ansari di Facebook Page, Masak Apa Hari Ni (MAHN).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.