fbpx
Now Reading
Ini Makanan Yang Disaran Pakar Untuk Hilangkan Jerawat Tumbuh Di Bahagian Badan

Ini Makanan Yang Disaran Pakar Untuk Hilangkan Jerawat Tumbuh Di Bahagian Badan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Setiap orang pastinya pernah menghadapi masalah jerawat tumbuh di bahagian muka kan? Terutamanya, golongan wanita sering berdepan dengan masalah ini disebabkan oleh faktor hormon yang tidak stabil atau faktor genetik betul tak?

Meskipun begitu, kita tidak seharusnya mengambil mudah mengenai perkara ini lebih-lebih lagi jika ianya tumbuh di kawasan tersembunyi seperti di bahagian dada dan juga bahagian belakang badan.

Kredit: Twitter/ @drirmashida

Jadi, kami ingin berkongsikan 4 jenis makanan terbaik yang mampu menghapuskan jerawat dari badan korang tu. Yang paling penting ianya mengikut saranan dari seorang doktor tau dan ubat yang digunakan ialah semulajadi.

#1 UBI KELEDEK

Kredit: Indiamarks
  • Kalau nak hilangkan jerawat dan kulit berkedut cari produk yang ada retinol dalam tu.
  • Kalau takut bahan ini terlampau kasar untuk kulit, boleh je makan terus retinol dalam bentuk asal.
  • Beta-carotene ialah salah satu sebab kenapa ubi keledek ada warna oren.
  • Ubi keledek akan bertukar menjadi vitamin A selepas dimakan.
  • Vitamin A boleh membuatkan kulit jadi kurang pedih serta membersihkan liang pori yang tersumbat disebabkan radikal bebas.
  • Bila liang pori dah bersih, jerawat pun susah nak tumbuh!

#2 LABU

Kredit: TV3
  • Labu ini boleh membuatkan kulit jadi lebih lembut dan membolehkan pH kembali ke paras normal.
  • Disebabkan itu, korang boleh nampak banyak mask atau exfoliating products guna exstrak labu dalam tu sebab ianya mengandungi banyak nutrien seperti fiber dan zinc.
  • Zinc yang terkandung dalam buah ini mampu mengawal pengeluaran minyak, jadi jerawat tak mudahlah nak naik cepat dekat badan.

#3 KOBIS

Kredit: Delfi
  • Kobis mengandungi histidine dimana bila kulit terlampau terdedah pada sinaran matahari, bintik hitam dekat kulit yang sedia ada memang akan jadi lagi teruk.
  • Jadi, histidine ini membantu membaiki semula tisu kulit dan sekaligus melindungi kulit kita dari sinaran UV yang merbahaya.
  • Bila kulit terdedah pada sinaran UV akan menyebabkan skin barrier bertambah rosak.
  • Apabila skin barrier mula rosak akan menyebabkan jerawat tumbuh di tempat itu dan lagi senang nak tembus ke kulit kita. Jadi, jerawat pun akan lagi cepat naik.

#4 BETIK

Kredit: I Am Lejen
  • Betik mengandungi papain yang bagus untuk kulit kerana ianya boleh sental sel kulit mati dan bersihkan liang pori yang tersumbat.
  • Malah, ianya boleh memudarkan parut jerawat dan menjadikan kulit bertambah lembap.
  • Doktor juga menasihatkan agar menggunakan sabun yang berasaskan buah betik kerana liang pori yang bebas sel kulit mati susah ditumbuhi jerawat.

“Kalau awak rasa macam badan tiba-tiba je ada jerawat, saya cadangkan awak guna produk lembut dekat kulit dan boleh sental sel kulit mati macam sabun betik,” kata Dr Irma Shida di laman Twitternya yang bernama @drirmashida.

Haa.. Korang yang ada masalah jerawat dekat bahagian badan tu bolehlah cuba saranan doktor ini. Mana tahu tak salah pun cuba produk tumbuh-tumbuhan yang bebas bahan kimia kan? Selamat mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.