fbpx
Now Reading
Ini Tips Cuci Rambut Dengan Betul Dari Hairdresser [Video]

Ini Tips Cuci Rambut Dengan Betul Dari Hairdresser [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Bagi yang sering mencuci rambut setiap hari atau beberapa kali seminggu pasti akan rasa terkejut setelah menonton video dari seorang pendandan rambut ini.

Amy yang merupakan seorang pendandan rambut ini menggunakan aplikasi TikTok miliknya, @amy.does.some.hair ini untuk berkongsikan cara membasuh rambut dengan betul.

Ramai sebenarnya yang tidak tahu membasuh rambut dengan cara yang betul kan? Nak-nak lagi yang sering mengenakan hijab pasti rasa gatal sepanjang hari terutamanya di bahagian kulit kepala kita kan? Jadi, jom kita tengok tips mencuci rambut dengan betul dari sis Amy ini.

Video tersebut menunjukkan langkah pertama yang sering dilakukan oleh semua iaitu membasahkan rambut dan meletakkan syampu di telapak tangan kita sambil menyapu ke kepala dengan rata.

Kemudian, Amy menggunakan hujung jari dan mengurut kulit kepala sehingga syampu tersebut benar-benar masuk sehingga ke kulit kepala terutamanya di bahagian garis rambut di dahi dan leher.

Katanya lagi, setelah membilas rambut tersebut kita harus mengulangi proses tersebut dengan memberikan fokus di bahagian kulit kepala dan tarik buih syampu ke hujung rambut.

Selepas itu, dia menggunakan perapi rambut dan disapukan ke bahagian hujung rambut ketika sudah selesai membilas rambut berkenaan. Tetapi ingat elakkan dari letakkan perapi rambut pada akar rambut tau! Sebab ia akan membuatkan rambut kita berminyak.

Seterusnya, tunggu perapi rambut tersebut selama 1 hingga 2 minit di kepala, barulah korang bilas dengan menggunakan air bersih.

Haa… Senang je kan tips yang diberikan oleh Amy ini. Semoga tips ini bermanfaat bagi korang semua okay. Selamat mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.