
Ini Resipi Mudah & Jimat Buat Cheesekut Guna Blender Rumah Jer!
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!
Mereka yang sememangnya pengemar cheesekut pasti gembira dengan perkongsian kami pada hari ini.
Jika sebelum ini korang membelinya di kedai-kedai ataupun order secara online kerana tidak mempunyai peralatan mencukupi, tetapi kini korang mungkin boleh membuatnya di rumah.
Macam mana? Mudah saja, korang hanya perlukan blender untuk membuat resepi ini di rumah je tau! Tambah-tambah yang duduk rumah bujang bolehlah cubanya di rumah, mana tahu lepas ni boleh buka bisnes cheesekut pula kan. Jom tengok!
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

- 250gm cream cheese
- 200gm susu pekat
- 2 sudu basar susu cair
- Biskut kering
- Susu suam
- Nestum
- Milo
CARA MENYEDIAKAN CHEESEKUT MENGGUNAKAN BLENDER
- Kisarkan cream cheese, susu pekat dan susu cair.

- Kemudian, celup biskut dalam susu suam yang disediakan dan masukkan ke dalam bekas.

- Sapu adunan cheese pada biskut yang dicelup tadi.

- Selepas itu, taburkan nestum dan serbuk milo.


- Ulang semula setiap lapisan dengan biskut yang dicelup susu suam.

- Sejukkan semalaman dan siap!


Haa.. Macam mana senang je kan cara buat cheesekut dekat rumah? Kalau dulu korang beli dessert ini dengan harga yang mahal, tapi sekarang korang boleh jimat dengan buat resipi ini di rumah je. Selamat mencuba!