fbpx
Now Reading
Rugi Jer Kalau Workout Tapi Makan & Minum 6 Jenis Ini

Rugi Jer Kalau Workout Tapi Makan & Minum 6 Jenis Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Bagi mereka yang menginginkan bentuk badan yang ideal, anda sememangnya digalakkan untuk mengamalkan diet yang seimbang dan juga melakukan rutin workout.

Namun, apakah anda sudah menyemak semula jenis-jenis makanan yang ada ambil? Langkah ini sangat penting kepada mereka kerana ia merupakan faktor penghalang untuk korang mendapatkan hasil yang maksimum.

Bahkan, sebaliknya ia turut memberikan kesan yang buruk kepada tubuh badan anda sendiri.

Jadi, untuk itu kami akan berkongsikan kepada anda 6 jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan. Kalau tak sia-sia saja usaha anda selama ini.

#1 GULA + MINYAK

Foto sekadar hiasan. Kredit: FMT
  • Tidak dinafikan bahawa hidangan ini sangat menyelerakan, namun pastikan korang elakkan mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula dan minyak yang tinggi seperti donut atau kuih-muih tradisional sebelum bersenam.
  • Walaupun ia mampu memberikan tenaga ketika peringkat awal anda bersenam, namun badan anda akan mula rasa lemah semasa pertengahan aktiviti senaman, sekaligus boleh menyebabkan kepala menjadi pening.

#2 MAKANAN SEGERA

Foto sekadar hiasan. Kredit: The Jakarta Post
  • Hidangan ini pasti ramai yang pernah merasainya bukan? Namun, hidangan ini bukan sahaja mengundang penyakit, malah ia juga sukar untuk dihadam.
  • Ini kerana darah lebih tertumpu untuk mengalir ke organ perut untuk membantu proses pencernaan.
  • Seterusnya, ia akan menyebabkan darah kurang mengalir ke otot-otot utama yang diperlukan semasa anda melakukan aktiviti bersenam.

#3 MAKANAN TINGGI SERAT

Foto sekadar hiasan. Kredit: Pinch of Yum
  • Secara umumnya, makanan yang kaya dengan serat seperti pasta, roti gandum dan juga oat dapat membuatkan perut anda kenyang lebih lama.
  • Namun sebelum bersenan, makanan tinggi serat ini perlulah dielakkan kerana ia memerlukan masa yang lama untuk dicernakan didalam badan sehingga boleh menganggu pencernaan.
  • Ketidakselesaan ini boleh mengakibatkan timbulnya kembung, mual dan kekejangan perut yang boleh menghalang aktiviti senaman anda.

#4 MINUMAN BERKARBONAT

Foto sekadar hiasan. Kredit: Maskulin
  • Minuman jenis ini sememangnya tidak berkhasiat dan sudah pasti ia tidak sesuai untuk diambil sebelum pra-latihan,
  • Kandungan gula yang tinggi boleh membuatkan perut kembung, kejang perut atau mual semasa bersenam.

#5 MINUMAN TENAGA

Foto sekadar hiasan. Kredit: Maskulin
  • Minuman tenaga sebenarnya mengandungi kandungan gula dan kafein yang tinggi.
  • Pengambilan minuman tenaga yang berlebihan akan membuatkan pola tidur korang menjadi tidak sekata.
  • Ini akan menganggu rutin senaman dan pemakanan sehingga merosakkan impian anda untuk memiliki bentuk badan yang anda idamkan.

#6 MAKANAN PEDAS

Foto sekadar hiasan. Kredit: KetoJules
  • Makanan pedas perlu anda hindari sebelum bersenam kerana ia boleh menyebabkan terjadinya gangguan pada pencernaan ataupun pelih ulu hati.
  • Bukan itu saja, makanan pedas juga boleh meningkatkan kekejangan sekaligus memaksa anda untuk menghentikan latihan atau mempengaruhi usaha anda ketika bersenam.

Haa.. Macam mana dengan perkongsian kami hari ini? Semoga ianya bermanfaat bagi korang ya!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.