fbpx
Now Reading
Ini Petua Untuk Hilangkan Sakit Kaki Cara Tradisional

Ini Petua Untuk Hilangkan Sakit Kaki Cara Tradisional

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Semua orang pasti pernah mengalami sakit di bahagian kaki bukan? Tak kira lelaki atau perempuan terutamanya mereka yang berumur pasti menghadapi masalah sakit sebegini.

Malah, adakalanya kesakitan ini tidak hilang meskipun sudah berurut. Macam mana ni?

Foto sekadar hiasan. Kredit: SehatQ

Haa.. Jangan risau! Kami ada benda yang ingin dikongsikan bersama anda mengenai petua hilangkan sakit kaki dengan cara tradisional. Hebat kan?

Perkongsian ini dibuat oleh Sis Ana Mahabu yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

PETUA HILANGKAN SAKIT KAKI CARA TRADISIONAL

Kredit: Facebook/ Ana Mahabu

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Garam
  • Halba
  • Serai
  • Lengkuas
  • Daun limau purut
  • Daun pandan
    • P/s: Korang boleh letakkan apa saja daun yang ada khasiat seperti daun mengkudu atau cekur daun sireh.

Cara penyediaan:

Foto sekadar hiasan. Kredit: Alodokter
  • Hiriskan atau ketukkan bahan-bahan diatas.
  • Kemudia, rebus kesemua bahan tersebut sehingga mendidih.

Cara penggunaannya:

  1. Ambil air rebusan (termasuk bahan-bahan) dan masukkan dalam baldi.
  2. Campurkan dengan air paip (suhu ikut individu).
  3. Kalau boleh paras air sampai boleh rendam dari kaki hingga ke lutut.

Kebaikan air rendaman ini:

  • Ia membuatkan kaki kita berasa sangat selesa selain bau wangiannya kalah bau dekat spa.

P/s: Jika sakit kaki berlarutan dan bertambah teruk, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Haa… Macam mana dengan perkongsian kami mengenai air rendaman ini. Ia semestinya dapat menghilangkan rasa sakit kaki dari terasa lenguh akibat jalan seharian. Semoga ia bermanfaat buat korang ya!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.