fbpx
Now Reading
Kucing Terlalu Hyper? Ini Teknik Mudah Tidurkan Kucing Anda

Kucing Terlalu Hyper? Ini Teknik Mudah Tidurkan Kucing Anda

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Kucing sememangnya menjadi kesukaan nombor satu bagi mereka yang penggemar haiwan comel ini. Telatahnya saja dapat mencuit hati ramai orang di sekelilingnya.

Tapi, kadang kala pasti kita berasa geram apabila setiap kali si bulus ini hilang kawalan habis barang-barang berharga kita menjadi mangsa.

Jadi, baru-baru ini kami ada terjumpa satu petua yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @kendahlsss yang berjaya ‘menidurkan’ kucing kesayangannya hanya dengan satu teknik mudah.

Rasanya teknik yang dikongsikan ini sangat sesuai untuk dicuba bagi anda yang membela kucing peliharaan di dalam rumah.

Wanita ini menunjukkan cara untuk tidurkan si kucing dengan memasukkan hujung jari pada mulut mereka.

Dengar cerita teknik ini sangat berkesan sehinggakan kucing kesayangannya tertidur pada waktu itu.

Haa.. Tunggu apa lagi? Jomlah cuba teknik ini dekat kucing kesayangan korang tu! Tak pasti teknik ini berkesan dekat orang lain. Tapi, kalau korang cuba dan menjadi bagi tahu dekat kami ya?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.