fbpx

3 Cara Mudah Bersihkan Barang Kemas Supaya Berkilat & Tahan Lama

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi mereka yang suka memakai aksesori seperti barangan kemas wajib baca tips yang bakal kami kongsikan ini.

Semua sedia maklum bahawa barang kemas merupakan sebahagian daripada kesukaan para wanita kerana ianya menjadi pelengkap bagi penampilan seseorang. Bak kata mereka ‘tiada kilauan di badan, tak yakin jadinya’.

Namun apabila kerap memakai barang kemas, lama kelamaan warnanya akan bertukar menjadi kusam dan buruk.

Jadi, untuk kembalikan kilauan itu kami ingin kongsikan kepada anda semua tentang 3 cara membersihkan aksesori anda dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah anda.

#1 AIR SUAM + PENCUCI PINGGAN MANGKUK

Foto sekadar hiasan. Kredit: Bounty Paper Towels
  • Menurut pengasas Kimaï, Jessica Warch dan Sidney Neuhaus, barang kemas silver dan emas termasuklah yang bersalut, serta white and rosegold boleh dicuci dengan menggunakan air suam dan sedikit bahan pencuci pinggan mangkuk.
  • Caranya:
    1. Masukkan di dalam mangkuk (semua barang kemas yang disebut tadi boleh masuk sekali).
    2. Rendamkan selama 15 minit dengan campuran tad.
    3. Kemudian, berus dengan baby toothbrush (sebab hujungnya lebih lembut) atau guna cotton swab untuk lebih senang mencapai semua celah-celah yang kotor/
    4. Akhir sekali, bilas dengan air dan keringkannya dengan kain atau hairdryer.

#2 ALUMINIUM FOIL + SERBUK PENAIK

Foto sekadar hiasan. Kredit: Real Living
  • Caranya:
    1. Letakkan gelang silver kamu ke dalam aluminium foil yang dibentangkan dalam mangkuk.
    2. Tambahkan air panas dan serbuk penaik selama 30 minit.
  • Lee Tilghman iaitu seorang blogger dari Amerika Syarikat berkongsikan tips menggunakan pencuci pinggan dan beberapa sudu teh hidrogen peroksida yang dicampur dengan air suam. Ia juga turut berkesan membersihkan barang kemas kamu.

#3 POLISHING CLOTH

Foto sekadar hiasan. Kredit: Peaklife
  • Caranya:
    1. Gunakan polishing cloth yang mampu mengembalikan kilauan pada silver, emas, brass, platinum dan copper.
    2. Lap sehingga bersinar dengan menggunakan krim dan penyembur pengilap untuk extra bling bling.
    3. Gunakan soft cloth seperti kain lap cermin mata sebab senang nak kekalkan barang kemas dalam bentuk sempurna.
    4. Disarankan untuk lapnya selepad pakai.
    5. Terutamanya bahagian yang selalu terkena pelembab atau solekan.

Haa… Macam mana dengan perkongsian kami hari ini? Harap ia dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.