
Ini Tips Mudah Agar Rumah Sentiasa Bersih & Wangi
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bagi ibu yang bekerja pastinya berasa letih apabila perlu menguruskan hal rumah setiap kali pulang dari tempat kerja.
Apatah lagi, jika rumah mula berhabuk dan kotor nak tak nak terpaksa mengemas dan membersihkannya betul tak?

Lama-kelamaan pasti rumah kita akan mula berbau apabila dibiarkan terlalu lama tidak dikemas.
Namun, ada saja halangannya jika mahu membersihkan rumah pada hujung minggu kan?
Jadi, untuk itu kami akan kongsikan cara untuk mengemas rumah anda agar kelihatan cantik dan wangi. Jom ikut kami!
#1 HABUK TAK MELEKAT PADA PERABOT

- Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali. Cara ini akan membuatkan perabot anda tidak mudah lekat malah menjadikan rumah anda berbau harum sentiasa.
- Bahan-bahannya:
- 1 penutup pelembut fabrik
- 10 cawan air
- Caranya:
- Bancuh kedua-dua bahan ini hingga sebati.
- Kemudian, lapkan pada semua perabut kesayangan anda.
#2 KILATKAN LANTAI RUMAH

- Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesa. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
- Bahan-bahannya:
- 1 penutup pencuci lantai
- Cuka
- Air panas
- Caranya:
- Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu sehingga sampah dan habuk dibersihkan.
- Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai.
- Hasilnya, lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin lantai. Kena cuba tau!
#3 WANGIKAN RUMAH

- Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada didalamnya.
- Bahan-bahanya:
- 1 penutup pelembut fabrik
- Cuka
- Caranya:
- Campurkan kedua-dua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda.
- Gabungan kedua bahan ini akan memberikan bau dan memperbaki udara yang lebih bersih.
- Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
#4 SEGARKAN BILIK AIR

- Bahan-bahannya:
- 1 sudu kecil teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh cuka
- 1 cawan air
- Caranya:
- Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur.
- Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari.
- Hasilnya, bilik air terasa lebih segar dan harum.
Haa.. Macam mana dengan tips yang kami kongsikan ini? Hebatkan. Pastinya tips ini akan membantu rumah anda kelihatan lebih bersih dan juga wangi. Selamat mencuba!