Serabut Banyak Group Telegram Untuk PdPR Anak-Anak? Ikuti Cara Buat Folder Untuk Mudahkan Kerja Anda
Ibu bapa yang ada 2-3 anak dah bolehla tarik nafas lega
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Hari pertama sesi persekolahan untuk tahun 2021 harus diakui begitu berbeza berbanding tahun sebelum-sebelumnya.
Ini kerana semua sekolah di seluruh negara kecuali pelajar SPM 2020 mula menjalani sesi persekolahan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Memandangkan masih terlalu baru, ditambah dengan teknik dan sistem yang berbeza-beza, banyak ibu bapa dan penjaga yang mengeluh dengan lambakan grup telegram dan whatsapp hanya untuk kegunaan PdPR anak-anak mereka.
Seorang anak pun dah cukup memeningkan, bayangkan pula jika anda mempunyai 3 ke 4 anak yang masih bersekolah.
Mesti pecah kepala kan? Yelah dengan WFH (Work from home) lagi, kena pula hadap dengan perkara sebegini.
Namun perkongsian pengguna Facebook Nora’s Noraziyan ini dilihat dapat membantu ibu bapa dan yang menggunakan telegram untuk menguruskan anak-anak mereka.
Hanya dengan mengggunakan fungsi folder, urusan anda juga para guru akan menjadi lebih mudah. Anda boleh menggunakan fungsi ini untuk menyimpan dan menyemak kerja-kerja sekolah mereka dengan dengan lebih efektif dan mudah. 4 orang anak punya home work pun tak menjadi masalah lagi.
Nak tahu macam mana? Jom ikuti perkongsian Nora di bawah : Meskipun visualnya menggunakan peranti jenis Android namun langkahnya hampir sama untuk peranti jenis iOS.
Ini Cara Buat Folder Dalam Telegram
Dua hari lagi (ketika perkongsian dilakukan). Kelas online (PdPR) akan bermula. Mak ayah dah sedia? Cikgu-cikgu pun dah mula buat group TELEGRAM untuk memudahkan sesi pembelajaran.
Kami anak tiga ni memang banyak group sekolah kena join. Mujur telegram ada fungi FOLDER. Senang nak buat group untuk setiap anak.
Kepada yang belum tahu, Nora tunjukkan caranya. Penerangan ada pada setiap gambar. Selamat menjadi ‘guru’ buat mak ayah. Harap mak tak jadi hijau.
#1 Masuk ke Telegram dan Tekan Settings.
Pastikan Telegram kalian sudah di update dalam versi terkini untuk setting FOLDER muncul.
#2 Klik pada Folders
Jika tiada fungsi Folder sila ke Google Apps dan update telegram anda
Klik pada FOLDER untuk create folder . FOLDER ibarat kotak besar untuk menyimpan buku . Kalian juga boleh create CHANNEL untuk menyimpan kerja sekolah anak. Channel ibarat buku nota. Boleh simpan gambar, video, file dan lain-lain dari dalam group yang kita sertai
#3 Tekan Create Folder
Klik Create Folder. Maksimum 10 folder dibenarkan.
Setiap folder letak nama anak atau apa-apa yang mak ayah mahu.
#4 Tekan Add Chats (Tambah Perbualan)
Klik ADD CHATS untuk group sekolah yang mak ayah dah join mengikut ketegori folder yang dicipta tadi.
NOTA : PASTIKAN NAMA FOLDER TIDAK TERLALU PANJANG MELEBIHI 12 HURUF (karang tak boleh nak SAVE)
#5 Selesai
Group atau chats yang sudah dimasukkan didalam folder akan kelihatan seperti ini.
Senang mak ayak nak carik group anak yang mana satu. Tak perlu nak scroll semua chats