fbpx
Now Reading
“Puas Hati Kutip” – Modal Tak Sampai RM10, Ini Cara Mudah Hapuskan Lipas Dalam Kereta

“Puas Hati Kutip” – Modal Tak Sampai RM10, Ini Cara Mudah Hapuskan Lipas Dalam Kereta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sebut sahaja perkataan lipas, sudah cukup membuatkan kita rasa geli-geleman. Baik wanita mahupun lelaki, tiada manusia yang sukakan serangga perosak berkaki empat ini.

Meskipun lebih sinonim dilihat di kawasan kediaman khususnya kawasan kotor, lembap dan gelap, namun lipas juga suka berkeliaran dan bersarang di dalam kereta.

Tak syok bukan?

Lipas dalam kereta adalah satu mimpi ngeri buat pemandu wanita

Buat mereka yang takutkan lipas, jika bertemu serangga ini di luar atau di rumah mungkin boleh la kita capai penyembur serangga atau sekurang-kurangnya lari menjauhinya kan? Tapi kalau dalam kereta nak buat macam mana pula?

Jadi langkah terbaik yang boleh dilakukan adalah menghapuskannya. Nak tahu bagaimana? Jom ikuti perkongsian yang dilakukan seorang pengguna Facebook ini, Khushairi Burhanuddin di grup Facebook ‘Tukang apa hari ini’

Hanya perlu habiskan RM7.90

Menurut Khushairi, dia mempunyai anak kecil jadi makanan ringan kerap tertumpah di dalam keretanya. Keadaan pastinya menarik perhatian lipas dan kaum keluarganya yang sentiasa mahukan makanan.

Hanya sembur bawah seat

Bagi mengatasi masalah ini, dia kemudian telah membeli penyembur serangga jenis Vape dari jenama Fumakilla dan akan menyemburnya beberapa das di bawah tempat duduk kereta sebelum tidur.

“Saya beli fumakilla vape ni dekat speedmart. RM7.90 lebih kurang. Sembur dua tiga das bawah seat kereta. Buat waktu malam sebelum tidur.

Dan ini hasilnya



“Pagi-pagi collect hasil. Puas hati kutip sekor-sekor. Banyak juga saya jumpa yang tengah bertelur nak meluaskan ummah lipas,” katanya
.

Jadi buat anda yang mempunyai masalah sama mungkin boleh menggunakan tips yang dikongsikan sahabat kita ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.