fbpx
Now Reading
Nak Halau Semut? Pakai Bahan-Bahan Di Rumah Je!

Nak Halau Semut? Pakai Bahan-Bahan Di Rumah Je!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Masalah dihurung semut ini memang boleh mengakibatkan stres, terutamanya kalau datang dalam jumlah yang banyak. Ianya sering berlaku dimana-mana sahaja lagi-lagi kalau ada makanan yang terdedah. Dan paling tak best kalau jadi dekat rumah sendiri.

Tambah pula di kawasan dapur, tentunya terdapat banyak makanan. Disitulah kebiasaannya akan adanya ‘port’ semut. Tetapi tidak semua orang memilih untuk menggunakan racun serangga kerana ianya boleh mendatangkan bahaya terutamanya kepada bayi.

Tapi jangan risau, dekat rumah kita sendiri pun ada bahan-bahan untuk halau semut tau! Kalau tidak ada pun, ianya sangat mudah untuk dicari di mana-mana pasaraya atau kedai runcit.

Cuka

Foto: OdorControlHub

Cuka putih adalah satu daripada bahan yang paling berkesan untuk menghalau semut disebabkan oleh baunya yang sangat kuat dan kandungan cuka itu sendiri yang berasid.

Larutkan sahaja cuka dalam air dan masukkan ke dalam botol spray. Selepas itu, semburkan ke mana-mana bahagian yang selalu ada semut.

Ulang langkah yang sama untuk beberapa kali setelah ianya kering, kebiasaannya kesan dapat dilihat selang beberapa hari.

Kulit Telur

Foto: Nutra Ingredients-Asia

Selepas pecahkan telur ayam, jangan buang kulit telur tersebut. Ia boleh digunakan untuk halau semut tau! Caranya sangat mudah, hancurkan kulit telur dan bakar sehingga menjadi abu.

Selepas itu, taburkan sahaja di kawasan laluan semut, atau boleh juga terus pada sarang semut itu.

Soda Bikarbonat

Foto: Good Housekeeping

Ini tips paling senang! Tak perlu nak campur apa-apa, cuma taburkan sahaja pada tempat yang tak nak semut datang.

Bau soda bikarbonat itu sendiri boleh mengganggu deria bau semut, jadi dah tak akan ada masalah semut berkerumun lagi.

Daun Sirih

Foto: Tirto.id

Semut sama sekali tak suka dengan bau daun sirih. Jadi, potong beberapa helai daun sirih dan tabur di mana-mana kawasan laluan semut atau tempat ia selalu berkumpul. 

Sekali semut-semut dah bau daun sirih ni, confirm dah tak akan berani nak muncul dekat situ lagi.

Air Limau Nipis

Foto: Kitchn

Limau nipis boleh mengacau deria bau semut, jadi perahkan sahaja jus limau pada kawasan-kawasan semut berhurung. Selain daripada boleh membunuh semut, ianya turut dapat membantu mengharumkan rumah. 2-in-1 gitu!

Senang je kan? Jadi bolehlah guna cara-cara ini pula lepas ni!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.