fbpx
Now Reading
Lima Makanan Yang Mudah Korang Sediakan Untuk Persiapan Sahur

Lima Makanan Yang Mudah Korang Sediakan Untuk Persiapan Sahur

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadan.

Seperti biasa kalau di bulan puasa badan pastinya akan cepat berasa penat terutamanya kalau seharian bekerja. Lepas itu terpaksa pula menempuh kesesakan jalan raya untuk pulang berbuka.

Memandangkan terdapat banyak bazar-bazar ramadan yang akan dibuka setiap kali bulan puasa, mungkin juadah berbuka bukanlah satu isu besar buat golongan ibu dan ‘orang dapur’, namun bab sahur tu agak berlainan sikit lah bukan?

Kita terpaksa bangun lebih awal untuk menyajikan makanan buat seisi keluarga. Penat jugalah kalau hari-hari terpaksa bangun lebih awal semata-mata nak buat persiapan bersahur bukan?

Lebih malang lagi ada yang terlewat bangun sampaikan tak sempat nak sediakan makanan.  Yelah masak bukan sekejap.

Namun apa sahaja situasi anda jangan risau, di bawah kami kongsikan lima makanan dan minuman yang mudah  dan cepat disediakan untuk persiapan sahur. Confirm sangat mudah dan cepat! Seisi keluarga pun pasti sukakannya.

#1 Nugget Ayam

Nugget ayam merupakan salah satu makanan yang menjadi kegemaran ramai. Bukan sahaja senang dan cepat disediakan, rasanya juga memang menyelerakan.

Dengan adanya nugget ayam tersimpan didalam peti sejuk anda di bulan puasa, kalau tiba-tiba rasa nak bersahur dengan nugget atau waktu tidak mengizinkan, anda hanya perlu mencapainya dan terus dipanaskan di atas kuali je.

#2 Susu Kurma

Setiap kali menjelang ramadhan, buah kurma antara makanan yang menjadi buruan ramai. Malah ramai yang mengamalkan meminum campuran susu dan kurma sebagai tips untuk kekal bertenaga di bulan puasa.

Jika sebelum ini anda perlu rendam kurma seharian sebelum dicampur dengan susu untuk menghasilkan susu kurma, kini tidak lagi. Kini sudah terdapat banyak syarikat yang menghasilkan susu kurma di pasaran antaranya Farm Fresh. Senang capai, buka dan teguk sahaja !

#3 Roti Paratha

Yang suka lepak mamak untuk makan paratha tu, dah boleh lah nak cuba masak menu ni sendiri dekat rumah. Sesuai juga kalau nak makan waktu sahur lagi-lagi untuk yang tak minat atau tak selera untuk bersahur dengan nasi. Paratha segera ni biasanya boleh disiapkan d alam masa 5 minit je.

Masak dengan sedikit marjerin untuk menambahkan lagi rasa lemak dan dimakan pula dengan kuah kari atau kuah dal, rasanya yang sedap tu boleh buat tambah dua tiga kali. Kalau nak dijadikan juadah berbuka puasa pula, boleh juga buat jadi ‘Chicken Wrap’. Gulungkan sekali dengan bahan-bahan seperti ayam, sayur dan keju atau apa-apa sahaja yang korang suka mengikut citarasa masing-masing.

#4 Air Dingin Berperisa

Seharian berpuasa, perkara yang paling utama adalah dengan memastikan tubuh badan kita mempunyai kandungan hidrasi (air) yang mencukupi. Jadi perbanyakkan meminum air sewaktu bersahur.

Buat anda yang inginkan kelainan apa kata sediakan air dingin berperisa seperti minuman kultur Vitagen dan minuman Jus Peel Fresh. Ia bukan sahaja berkhasiat malah menyegarkan!

#5 Sosej / Frankfurter

Kalau dah masuk waktu-waktu pertengahan atau akhir bulan Ramadhan, ada juga yang dah bosan nak jamah hidangan berat. Kalau macam tu, sediakan je sosej atau frankfurter goreng atau rebus sebagai juadah buka puasa atau sahur.

Makanan ni memang sangat digemari ramai, tambah lagi kanak-kanak. Selain itu, boleh juga sediakan menu seperti Sosej Masak Kicap, Sosej Percik dan Sosej Bakar. Tambah dengan rasa ‘smoky’ sikit, barulah best. Ataupun cuba buat Corndog yang ramai orang suka tu kan. Wow, ‘class’ sangat makan Corndog untuk berbuka puasa!

Nampak kan? Dengan adanya pelbagai jenis makanan sejuk beku, lagi senang lah nak hidangkan juadah sahur dan buka puasa lepas ni. Dah tak perlu pening fikir lauk apa yang korang nak masak hari-hari.

Apa-apa pun, tahu tak Tesco tengah buat promosi?

Bersempena dengan Ramadhan dan Raya yang bakal tiba, Tesco kini menawarkan promosi sehingga 35% untuk rangkaian produk dingin dan sejuk beku terpilih. Ianya berlangsung mulai 8 sehingga 21 April je tau.

Cepat-cepat senaraikan barangan yang korang nak beli dan segera berkunjung ke cawangan Tesco berhampiran untuk dapatkan stok bekalan makanan. Alang-alang tu bolehlah beli bahan untuk cuba menu yang dicadangkan dekat atas!

Tapi apa-apa pun, jangan lupa untuk pakai mask dan amalkan SOP. Jangan berebut-rebut tau!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.