fbpx
Now Reading
5 Tips Penjagaan Rambut Selepas Proses Bleaching

5 Tips Penjagaan Rambut Selepas Proses Bleaching

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai diantara kita yang suka cuba warnakan rambut dengan bermacam-macam colour tidak kira lah perempuan atau pun lelaki. Untuk mendapatkan warna terang seperti ashy atau blonde, anda perlu lah menjalani proses bleaching sehingga tiga atau empat kali supaya memperoleh warna yang lebih ketara.

Jika rambut yang telah bleach itu tidak dijaga dengan betul, rambut anda pasti akan menghadapi masalah rambut yang teruk. Oleh itu, mari kita lihat tips penjagaan rambut selepas proses bleaching!

#1 Cuci rambut setiap 2-3 hari

Foto: Dapper and Divine

Untuk yang suka basuh rambut setiap hari, sila kurangkan kerana membasuh rambut setiap hari akan menyebabkan sebum semulajadi pada rambut anda akan hilang dan ia akan menjadikan rambut anda kering. Oleh itu, sila cuci rambut selang sehari atau dua hari. Kalau anda rasa kulit kepala berminyak, boleh cuba hair mist atau dry shampoo.

#2 Pakai hair mask/hair conditioner

Foto: Skin Kraft

Perasan tak apabila kita bleach rambut, rambut kita akan menjadi sangat kering dan bercabang. Hal ini kerana bahan kimia bleach tersebut adalah sangat kuat. Ingat ya, bahan dalam bleach ni mampu keringkan rambut anda sebab dia akan mengeluarkan protein yang ada dalam rambut kita. Oleh itu, pemakaian hair mask/perapi rambut amatlah penting supaya rambut korang tak menjadi terlalu kering dan bercabang. Untuk hair mask, pastikan anda pakai 1 atau 2 kali seminggu saja.

#3 Trim Hujung Rambut

Foto: Viviscal

Antara benda penting yang perlu dibuat selepas proses bleaching rambut ialah memotong sedikit bahagian hujung rambut sebulan sekali. Ia adalah kerana hujung rambut yang bercabang akan menyebabkan rambut gugur dan mati. Selain itu, ia akan membuatkan rambut anda menjadi nipis. Ish, siapa je suka rambut nipis kan? Jadi jangan lupa trim hujung rambut anda tau!

#4 Jangan guna alatan rambut yang panas

Foto: Foreo

Antara perkara yang perlu anda elakkan selepas bleach rambut ialah penggunaan alatan rambut yang panas seperti iron, dryer dan curler. Untuk pengetahuan anda, haba daripada alatan rambut berkenaan akan menjejaskan kelembapan rambut anda dan menjadikannya lebih kering. Justeru, sila elakkan penggunaan semua alatan tersebut buat sementara waktu.

#5 Pakai serum/minyak rambut

Foto: Times of India

Antara langkah penting penjagaan selepas bleaching ialah memakai serum atau minyak rambut. Serum rambut adalah untuk memgembalikan kelembapan rambut yang hilang semasa bleaching. Serum juga boleh dipakai ketika rambut kering atau masih lembap. Diingatkan pakai serum dibahagian tengah hingga hujung rambut sahaja, jangan sampai kena kulit kepala. Anda juga disarankan untuk pakai serum yang khas untuk kegunaan rambut rosak atau rambut berwarna.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.