
Tak Perlu Risau Sampul Duit Habis Di Pagi Raya, Gadis Ini Ajar Cara Mudah ‘Print’ Sendiri Di Rumah
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap kali tibanya hari raya, memang dah jadi adat untuk bagi duit raya khususnya pada anak-anak kecil, ibu bapa, sanak saudara ataupun jiran tetangga. Pemberian duit raya sebegini pastinya menaikkan lagi keseronokan berhari raya malah menjadi waktu kegemaran kanak-kanak semasa menyambut raya.
Paling tak dapat dilupakan, waktu kita masih kecil mesti akan ikut saudara mara pergi ke rumah jiran-jiran yang lain untuk kutip duit raya di serata kawasan kampung. Lepastu masing-masing akan kira duit raya sama-sama dan bandingkan siapa dapat paling banyak.

Memandangkan hari raya bakal disambut beberapa hari sahaja lagi, kami yakin ramai dari anda pasti dah buat persiapan duit raya bukan? Tapi sampul duit raya tu agak-agak cukup tak?
Ia memang senang je untuk dibeli, murah pun murah. Walaubagaimanapun, tak semua corak yang dijual cantik dan menjadi pilihan semua orang.
Print sampul duit raya dekat rumah?
Di TikTok, seorang gadis @lunariaa.co telah berkongsi tutorial mencetak sampul raya sendiri di rumah. Tak dinafikan corak sampul duit raya yang dikongsi memang cantik dan yang paling penting, ianya percuma je!
@lunariaa.co komen 🌸 satu kaley kalau korang nak haidah upload macam2 design sampul duit raya yang tinggal print je, yang penting FREE jeee ##sampulduitraya ##canva
♬ original sound – Nurizyan.yan
Menerusi video yang mendapat lebih 40 ribu kali tontonan itu, langkah-langkah untuk mencetak sampul raya itu telah diajar dan sememangnya sangat mudah. Anda hanya memerlukan kertas tebal jenis 135 gsm dan juga printer berwarna.