fbpx
Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Resepi Jajangmyeon Paling Mudah, Cuma Guna Mi Segera Je!

Lelaki Ini Kongsi Resepi Jajangmyeon Paling Mudah, Cuma Guna Mi Segera Je!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kepada peminat K-drama, reality show Korea dan sebagainya, korang mesti familiar dengan makanan Korea kan? Kebiasaannya kalau nampak mereka ini menjamah apa sahaja hidangan tempatan negara itu, confirm akan kecur liur.

Tak dinafikan hidangan Korea ini memang dah jadi kegemaran rakyat Malaysia terutamanya Ayam Goreng Korea, Ramen, Tteokbokki dan sebagainya. Kebanyakan restoran yang menawarkan hidangan ini juga memang takkan pernah lekang dengan kunjungan pelanggan.

Tapi sekarang korang pun boleh buat makanan Korea sendiri dekat rumah tau! Berikut merupakan perkongsian resepi Jajangmyeon daripada seorang instafamous, Syaf Kun di Instagramnya. Yang paling best, kebanyakan bahan-bahan diperlukan boleh didapati di rumah dan pasaraya berhampiran.

Bahan-Bahan

4-5 ekor udang dibersihkan

1 bungkus mi segera, nak guna mi dia je

2-3 inci lobak merah dipotong dadu

2-3 inci lobak putih, dipotong dadu

1-2 ulas bawang putih

2-3 sudu makan sos hoisin

1 sudu makan kicap pekat

1-2 sudu makan air tepung jagung

1-2 sudu makan kicap manis

Gula secukupnya

Cara-Cara

Foto: IG Syaf Kun

#1 Tumis bawang putih sehingga naik bau

#2 Masukkan kicap manis, lobak putih dan lobak merah, masak sekejap

#3 Masukkan hoisin sauce (biasa jual kat pasaraya dalam botol kaca), gula dan air tepung jagung sikit nak bagi pekat

#4 Masukkan udang, dan angkat bila masak

#5 Rebus mi segera, perencah tak perlu

#6 Tuang kuah jajangmyeon ketas mi segera tadi dan gaul rata

Dah siap! Mudah je kan? Lepas ini kalau tiba-tiba rasa nak makan hidangan ini, bolehlah terus buat sendiri je di rumah. Dah tu pula makan sambil layan K-drama, barulah ‘feel’!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.