First Time Nak Cuba Llaollao? Ini Panduan Mudah Untuk Order Ikut Citarasa Korang!
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Aiskrim yogurt merupakan satu daripada pemanis mulut kegemaran rakyat Malaysia. Tak dinafikan harganya memang agak mahal tapi rasanya yang enak adalah sebab rata-rata tak kisah untuk mengeluarkan wang lebih untuk mendapatkannya.
Antara jenama aiskrim yogurt yang terkenal dan menjadi pilihan ramai adalah Llaollao. Ia memang mudah untuk didapati di kebanyakan mall dan tidak pernah lekang dengan pelanggan.
Buat yang tidak pernah cuba pemanis mulut ini, mungkin anda tak tahu cara untuk membuat pesanan. Ada juga yang takut caj dikenakan akan menjadi mahal sekiranya menambah ‘topping’ dan sebagainya.
Jangan risau, gadis lebih dikenali sebagai Siti Jamil melalui Twitternya telah berkongsi cara order llaollao buat yang cepat cemas sewaktu pertama kali ingin mencuba.
#1 Size
Terdapat 5 saiz. Setiap saiz berbeza jumlah topping yang boleh kita ambil. Topping merangkumi sauce, crunch dan fruit.
Anda boleh cuba ambil Medium. Medium boleh ambil 3 topping. Jadi anda akan ambil satu sauce dan 2 crunch.
#2 Sauce
Terdapat pelbagai pilihan sauce. Pilih sahaja mana yang suka. Antara yang menjadi pilihan adalah Chococrock Sauce iaitu gabungan coklat dan hazelnut. Bila makan kita akan rasa kacang hazelnut yang tidak dihancurkan sepenuhnya.
#3 Crunch
Terdapat pelbagai jenis Crunch yang sedap. Boleh pilih ikut pilihan masing-masing. Buat yang gemarkan crunchy, anda patut cuba Chips Ahoy dan Almond Crocanti. Memang recommended!
#4 Fruit
Kalau nak yang berkhasiat mesti lah ambil buah sahaja kan? Anda boleh pilih apa juga buah mengikut kegemaran. Gabungan aiskrim yogurt dengan buah boleh menjadi agak masam tapi tak salah untuk mencuba.
Buat yang pertama kali nak mencuba, mungkin korang akan keliru untuk mengenalpasti nama bagi setiap sauce dan crunch kerana susunannya di depan dan belakang.
Memang akan nampak macam sebaris tapi sebenarnya tidak. Setiap nama disusun depan dan belakang. Nama di depan bermaksud nama sauce atau crunch di susunan depan.
Kalau masih keliru, tengok je gambar ini!
#5 Petitllao
Yang pertama kali nak rasa aiskrim yogurt ni dan takut tak sedap nak ambil banyak-banyak, boleh juga cuba pesan Petitllao. Kalau nak tambah 1 topping cuma tambah RM 1.50 sahaja.
#6 Sanum
Kalau nak rasa semua sekali dalam satu pembelian, boleh ambil Sanum. ‘Portion’ nya memang besar dan boleh dikongsi ramai-ramai. Dengan pembelian Sanum, korang boleh ambil 3 fruit, 2 crunch and 1 sauce.
Mudah je kan? Semoga dengan perkongsian ini korang dah tak takut nak cuba Llaollao selepas ini, rugi tau tak cuba!