fbpx
Now Reading
Terpaksa Parkir Bawah Panas Terik? Ini Tips Kurangkan Rasa Bahang Kereta

Terpaksa Parkir Bawah Panas Terik? Ini Tips Kurangkan Rasa Bahang Kereta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mesti anda pernah mengalami situasi dimana anda terpaksa tinggalkan kereta di bawah cuaca yang panas terik semasa mahu mencari parkir kereta.  Siapa je yang suka kan? Dah la cuaca terik, sudah tentu terasa bahang  kepanasan apabila nak masuk kereta nanti.

Tetapi jangan risau, mari kita lihat cara untuk sejukkan kereta melalui tips yang dikongsikan oleh pemuda ini.

Buka & Tutup Pintu

Menurut video yang dimuat naik oleh pemuda tersebut, orang ramai boleh menggunakan teknik membuka dan menutup pintu kereta beberapa kali, seakan sedang mengipas pintu tersebut.

Dengan cara ini, udara bahang di dalam kereta akan digantikan dengan udara luar yang jauh lebih sejuk.

Difahamkan cara ini berkesan untuk menyejukkan kereta daripada kita terus masuk kereta dan buka aircond dengan kuat.

Disarankan buka tingkap penumpang

Anda juga disarankan untuk membuka tingkap di bahagian penumpang dan biarkan tingkap yang lain tertutup sebelum ‘mengipas pintu kereta’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga bersetuju bahawa  tips ini dapat membantu menyejukkan kereta apabila parkir di tengah panas.

@malayboy__

i'll always do this kalau kereta parking bawah terik mentari hot hot gituh

♬ Peaches – Justin Bieber

Buka Tingkap dan Aircond Serentak

Sebagai info tambahan, anda juga boleh mengurangkan kadar kepanasan kereta dengan membuka tingkap dan aircond serentak sambil memandu. Ia dipercayai dapat menyejukkan lagi kereta dengan cepat.

Selepas memandu dalam 30 saat, anda bolehlah tutup tingkap teruskan pemanduan.

Cara ini dinamakan menggantikan udara panas yang terperap di dalam kereta dengan udara yang lebih sejuk.

Selamat mencuba semua!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.