
Tak Dapat Kawal Bil Yang Tinggi? TNB Kongsi Tips Jimat Elektrik Di Musim PKP
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pernah tak berhadapan dengan situasi bil elektrik melambung naik? Kadang kala kita dapat mengenal pasti ia berpunca daripada penggunaan elektrik yang lebih banyak berbanding sebelumnya.
Tambah pula sekarang ini merupakan musim panas, segelintir individu memilih untuk menggunakan penghawa dingin dalam jangka masa yang lebih panjang. Dan kesudahannya, terpaksalah kita terima ‘kejutan’ apabila bil elektrik sampai ke rumah kan?

Berikutan pelaksanaan ‘total lockdown’ di negara ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah berkongsi beberapa tips untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah.
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Pegawai Runcit TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata pengguna mempunyai cara untuk memantau dan menguruskan penggunaan elektrik dalam usaha mengurangkan pembaziran tenaga.
“Bagi lebih 1.2 juta pelanggan TNB dengan pemasangan meter pintar, mereka boleh memanfaatkan data penggunaan elektrik harian menerusi aplikasi myTNB bagi memantau penggunaan tenaga elektrik di rumah.”
Berikut merupakan antara tips yang boleh korang amalkan untuk menjimatkan penggunaan elektrik.

#1 Menutup komputer selepas digunakan
#2 Berhenti mengecas komputer riba apabila kuasanya sudah penuh
#3 Pastikan semua pintu dan tingkap ditutup semasa menggunakan pendingin hawa
#4 Tetapkan penentu tempoh masa pada pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga
#5 Cuci penapis pendingin hawa bagi mengoptimumkan proses penyejukan
#6 Gunakan cahaya semula jadi sebaik mungkin bagi mengurangkan kos pencahayaan
Sebenarnya mudah sahaja langkah yang boleh korang ambil untuk menjimatkan penggunaan elektrik, tetapi yang menjadi masalah kerana kita tidak begitu mahir dan pasti dengan apa yang perlu dilakukan.
Jadi diharapkan perkongsian ini boleh membantu korang berjimat dalam musim PKP!
Foto: Edisi Viral, Live at PC