fbpx
Now Reading
“Telur Ni Elok Ke Rosak ?” – Tak Pasti Tarikh Luput? Ini 2 Cara Mudah Semak Tahap Kesegaran Telur Ayam Sebelum Dimasak

“Telur Ni Elok Ke Rosak ?” – Tak Pasti Tarikh Luput? Ini 2 Cara Mudah Semak Tahap Kesegaran Telur Ayam Sebelum Dimasak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan telur ayam merupakan sumber protein yang paling popular dalam masakan masyarakat di Malaysia.

Tidak kira  baik telur rebus, telur goreng, telur dadar ataupun telur hancur, semuanya memang makanan kegemaran masyarakat Malaysia yang berbilang kaum sejak dahulu lagi.

Namun memakan telur yang rosak sebenarnya boleh menyebabkan keracunan, atau lebih buruk lagi mungkin menyebabkan kematian. Jadi sebagai langkah keselamatan kita digalakkan untuk memeriksa kesegaran telur berkenaan selain memastikan ia dimasak sepenuhnya bagi membunuh kuman yang mungkin telah mencemari telur berkenaan.

Persoalannya bagaimanakah cara nak mengetahui kesegaran sesuatu telur tersebut atau nak memastikannya tidak dijangkiti kuman ? Tarikh luput pastinya membantu bukan? Namun bagaimana kalau tarikh luput hanya di cop pada bekas yang sudahpun dibuang? Mesti susah nak tahu kan?

Jadi bagaimana cara nak tahu kesegaran sesuatu telur

Sebenarnya ada beberapa cara mudah yang boleh kita semua praktikkan untuk menyelesaikan isu ini iaitu :

1.Rendam telur ke dalam air dan buat pemerhatian sama ada ia tengelam atau terapung. Jika tengelam sepenuhnya ia masih lagi baik dan jika ia terapung bermakna telur tersebut sudah lama dan mungkin sudah rosak.


2. Memecahkan telur kedalam manggkuk lain dahulu sebelum memasaknya. Dengan ini ada dapat buat pemerhatian samada telur kuningnya sempurna atau ia sudah pecah dan teksturnya cair. Sekiranya tidak sempurna itu mungkin petanda bahawa telur itu sudah dicemari bakteria.

Untuk lebih memudahkan anda di bawah kami kongsikan video bersama penerangan yang dimuatnaik pengguna TikTok, Zira Zaini di akaunya @hazirah.zaini  untuk dijadikan rujukan buat anda.

Cara semak kesegaran telur :

@hazirah.zaini

Reply to @jennareyes0 Part 4: Tahu tak kalau pecahkan telur terus kuningnya pecah, tandanya apa? ##TikTokGuru ##LearnOnTiktok ##KnowWithZira ##HomeCafe

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.