fbpx
Now Reading
Resepi Mudah Spaghetti Carbonara Tanpa Guna Sos Dalam Tin

Resepi Mudah Spaghetti Carbonara Tanpa Guna Sos Dalam Tin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Spaghetti Carbonara merupakan juadah popular yang berasal daripada Itali. Ia juga telah menjadi salah sebuah juadah yang amat digemari di Malaysia. Apatah lagi, spagheti ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada semua lapisan masyarakat terutamanya anak – anak kecil kerana rasanya yang tidak pedas.

Tahukah anda, selain menggunakan sos di dalam tin, kita juga boleh membuat Spaghetti Carbonara dengan hanya menggunakan bahan yang mudah. Jom lihat resepi ini!

Bahan-bahan:

-1 paket spageti ( boleh guna apa-apa jenama)
-2 1/2 tin susu sejat atau susu kotak ( kalau nak guna 2 tin susu, 1/2 lagi tu air pun boleh.jimat)
-Marjerin + minyak ( untuk bahan tumis )
-Daging cincang
-Bawang merah dadu
-1 sb tepung gandum

-Cendawan dan sosej
-3 keping Cheese slice
-Lada hitam blend atau tumbuk
-Perisa maggi cukup rasa
-Garam dan gula
-Parsley dan oregano ( tambahan)

Cara-cara:

#1 Panaskan marjerin dan minyak

#2 Tumiskan bawang

#3 Kemudian, masukkan tepung gandum dan kacau sebati

#4 Masukkan lada hitam

#5 Apabila daging sudah empuk dimasak, masuk cendawan dan sosej

#6 Selepas itu,masukkan susu dan gaul rata

#7 Bila dah menggelegak, masukkan cheese dan kacau sehingga larut

#8 Anda juga boleh masukkan herba seperti parsley dan oregano sebagai aroma dan hiasan tambahan

Spageti siap untuk dihidang

Haa mudah kan? Jom try buat kat rumah sendiri!

Foto kredit: Istockphoto, Delish.com & FB

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.