fbpx
Now Reading
Tak Ada Aircond? Ini Tips Mudah Sejukkan Bilik, Hanya Guna Kipas Je

Tak Ada Aircond? Ini Tips Mudah Sejukkan Bilik, Hanya Guna Kipas Je

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Meskipun cuaca di negara kita selalu panas, tetapi tak semua orang mempunyai pendingin hawa di dalam bilik. Alat ini bukan sahaja agak mahal, bahkan bil elektrik juga akan meningkat bila menggunakannya.

Kadang kala panasnya sampai ke malam hari sehingga menyukarkan kita untuk tidur dek kerana hangat dan berpeluh.

Sejukkan bilik dengan kipas

Namun sebenarnya, kita boleh mengurangkan udara panas dalam bilik dengan hanya menggunakan kipas berdiri atau kipas meja sahaja.

Foto: TikTok

Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna bernama Rider KL di TikTok, dia memberikan tips untuk menyejukkan bilik tanpa menggunakan penghawa dingin.

Halakan ke luar tingkap

Dalam video tersebut, pemuda berkenaan hanya mempraktikkan cara mudah iaitu menggunakan kipas berdiri sahaja. Pemuda itu menarik kerusi berdekatan dengan tingkap. Kemudian, dia meletakkan kipas ke atas kerusi dan menekan suis untuk hidupkannya sambil menghalanya ke arah luar tingkap.

Foto: TikTok
Foto: TikTok

Difahamkan, cara ini dapat mengalirkan haba panas ke luar supaya dapat mendinginkan suhu bilik.

Foto: TikTok
@lalamove_malaya

selamat mencuba ! ##tiktokguru ##learnontiktok ##JomBelajar

♬ original sound – RIDER KL 🚀

Hasil tinjauan ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju bahawa tips ini dapat membantu menyejukkan bilik dan ramai juga yang telah menggunakan cara yang sama.

Mudah kan? Selamat mencuba semua!

“Dia keluarkan udara panas”

“Dah lama buat macamni, lagi-lagi tengahari”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.