fbpx
Now Reading
Tip Paling Mudah Tanggal Kesan Sticker Pada Laptop, Guna Minyak Kapak Je!

Tip Paling Mudah Tanggal Kesan Sticker Pada Laptop, Guna Minyak Kapak Je!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Korang mesti pernah ada masalah sisa gam melekat pada barang yang baru dibeli kan? Biasanya akan terjadi kalau tanggalkan pelekat harga atau sebarang label.

Masalah ini memang sangat annoying sehingga boleh menyakitkan mata yang melihat, malah habuk pun boleh ikut melekat.

Namun setiap masalah sudah pasti ada solusinya. Seorang pengguna TikTok @thesilentreviewer telah berkongsi sebuah rahsia untuk menyelesaikan masalah kesan sticker melekat pada laptop.

@thesilentreviewer

shhh… don’t tell anyone this 😉 ##fyp ##foryou ##pctip ##laptoptipsandtrick ##laptophacks

♬ Beggin’ – Måneskin

Menerusi tips yang diberikan, korang hanya memerlukan minyak kapak, sebatang putik kapas dan tisu basah.

Kemudian ikuti langkah yang sangat mudah ini:

#1 Tuangkan sedikit minyak kapak pada permukaan sisa gam

#2 Tanggalkan gam menggunakan putik kapas

#3 Kalau semua gam dah tertanggal, lap permukaan laptop menggunakan tisu basah

Walaubagaimanapun, mungkin bau minyak kapak akan kekal lama dan menimbulkan rasa kurang selesa. Jadi netizen telah tampil memberi penyelesaian menggunakan kaedah yang berbeza mengikut keselesaan masing-masing.

Pengering rambut

Hand sanitizer

Losen

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.