fbpx
Now Reading
Lesen Tamat Tempoh? Ini Cara Mudah Untuk Renew Lesen Memandu Secara Online

Lesen Tamat Tempoh? Ini Cara Mudah Untuk Renew Lesen Memandu Secara Online

Namun anda masih perlu mengambil lesen yang sudah siap di kaunter JPJ berdekatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sesiapa sahaja yang ingin memandu kenderaan bermotor, tidak kira roda dua atau roda empat perlulah mempunyai lesen memandu.

Namun disebabkan pelaksanaan PKP yang berterusan, kami yakin pasti ada dikalangan anda yang belum memperbaharui lesen memandu yang sebenarnya sudah pun tamat tempoh atas faktor-faktor kekangan.

Walaupun diberikan kelonggaran dan pengecualian sehingga 31 Julai 2021, pasti ada yang rasa tidak lengkap nak memandu atau menunggang motosikal dengan lesen yang sudah tamat tempoh bukan?

Jika itu yang anda rasakan, tak perlu risau, Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) sebenarnya ada menyediakan portal Awam untuk orang ramai memperbaharui lesen secara online.

Mula diperkenalkan pada tahun 2019 sebaga sistem untuk tukar milik kenderaan, portal mySIKAP kini turut berfungsi untuk orang ramai melakukan pelbagai urusan membabitkan JPJ antaranya memperbaharui lesen memandu bagi kategori CDL dan LDL.

Jadi di bawah kami kongsikan caranya-caranya untuk anda memperbaharui lesen memandu anda:

1.Layari portal MySIKAP atau tekan link disini


2.Log masuk

Log masuk. Namun buat pengguna baharu, pilih daftar/ log masuk kali pertama dan isi semua maklumat info anda) Sebaik selesai login semula dengan password sementara yang diberikan.


3. Tekan tab lesen memandu, dan pilih pembaharuan lesen memandu.

3a. Tekan tab lesen memandu dan tatal ke bawah
3b. Pilih pembaharuan lesen memandu. Lengkapkan segala maklumat dan info yang diperlukan


4. Pilih jenis lesen dan tempoh




5.Semak maklumat & dan pilih kaedah penghantaran.

Semak segala maklumat dan pilih kaedah penghantaran. Namun sayang nya, setakat ini hanya satu pilihan yang di berikan iaitu mengambil lesen di kaunter JPJ. Kemudian tekan butang bayar.

6.Pilih mod pembayaran dan buat pembayaran.


6.Selesai! Anda boleh menyemak sama ada lesen anda sudah diperbaharui atau belum disini atau copy paste link ini : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-tarikh-luput-lesen-memandu

Namun buat mereka di kawasan PKPD khususnya Selangor, kaunter JPJ Selangor masih lagi ditutup sehingga 16 Julai 2021. Ini bermakna anda perlu menanti kaunter mereka untuk kembali dibuka bagi mendapatkan lesen anda yang sudah diperbaharui.

Kami akan mengemaskini sekiranya pihak JPJ ada menawarkan kaedah penghantaran di dalam artikel ini kelak.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.