Ini Cara Mudah Tapis Mesej dan Senyapkan Panggilan Dari ‘Unknown Number’ Untuk Pengguna iPhone
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kami yakin ramai dari anda sangat tidak menggemari apabila dihubungi oleh orang yang tidak dikenali baik menerusi mesej mahupun panggilan bukan?
Lagi menjengkelkan jika panggilan adan mesej yang diterima menjurus kepada usaha mempromosi apa-apa produk atau lebih teruk lagi mempromosikan judi online.
Jadi jika anda pengguna iPhone, di bawah kami kongsikan tips bagaimana untuk menyeyapkan peranti anda dari berbunyi dan menapis mesej sekiranya menerima dihubungi oleh nombor yang tidak dikenali.
Cara tapis mesej tidak dikenali
#1 Pergi ke menu settings > messages
Pergi ke menu Settings, dan tatal ke bawah dan pilih Messages
#2 Aktifkan fungsi Filter Unknown Senders
Sebaik masuk ke menu Messages, tatal ke bawah dan aktifkan fungsi Filter Unknown Senders yang terletak di bawah kategori Message Filtering. Selesai!
Dengan mengaktifkan fungsi ini, sebarang mesej dari nombor yang bukan di dalam senarai contacts anda akan diasingkan di bawah senarai Unknown senders . Senarai mesej dari orang tak diketahui ini boleh diakses dengan menekan pada butang Filters > Unknown Senders didalam aplikasi Messages anda
Cara tapis panggilan tidak dikenali
#1 Pergi ke menu settings > phones
Pergi ke menu Settings, dan tatal ke bawah dan pilih Phone.
#2 Pilih Silence Unknown Callers & aktifkan fungsi tersebut
Pilih ‘Silence Unknown Callers’. Kemudian di paparan seterusnya aktifkan butang bagi fungsi tersebut. Selesai!
Dengan mengaktifkan fungsi ini pula, segala bentuk panggilan dari nombor yang tiada didalam senarai contacts anda, senarai outgoing calls anda anda dan ‘Siri Suggestion’ iaitu no dari email atau messages anda akan disenyapkan seca automatik dan dihantar ke voicemail.
Keadaan ini mungkin akan menyebabkan anda ‘terlepas’ beberapa panggilan penting lebih-lebih jika ada urusan penting sebagai contoh menunggu penghantaran barang dari syarikat courier, agensi kerajaan (cth pusat vaksin/ mysejahtera) dan banyak lagi.
Jadi sentiasa semak ruangan recent calls anda kerana fungsi ini akan tetap menyenaraikan senarai panggilan unknown number tadi di sana. Ia sekurang-kurangnya membenarkan anda untuk tahu siapa yang menghubungi anda.