fbpx
Now Reading
Jom Lihat 10 Tips Untuk Mengawal & Menangani Stres Atau Tekanan

Jom Lihat 10 Tips Untuk Mengawal & Menangani Stres Atau Tekanan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, isu stres dan tekanan emosi sering menjadi polemik yang dibincangkan dalam masyarakat di negara kita.

Apatah lagi, pada musim pandemik ini ramai yang terkesan dari segi pendapatan dan sumber bekalan sehingga menyebabkan individu berkenaan stres dan terganggu.

Seseorang yang mengalami stres boleh cuba untuk mengurangkannya dengan mengamalkan kaedah 10B.

Jom kita lihat apa itu 10B!

#1 Bertenang

Foto: Hellosehat

Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan, sila cuba bertenang. Dengan bertenang, ia dapat membantu mengurangkan aura negatif pada peringkat permulaan.

#2 Bernafas dengan dalam

Foto: Health Harvard

Anda boleh lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.

#3 Berkata ` Relakslah’

Foto: Imgflip

Cuba katakan pada diri sendiri “Relakslah”, “Tak mengapa” atau “Tak pe lah”. Bawalah bersabar.  Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat membuatkan kita tenteram dan mengurangkan stres.

#4 Beribadat

Foto: Islam Hashtag

Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.  Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan rohani selain melegakan perasan seseorang.

#5 Berkongsi perasaan dengan seseorang

Foto: Boldsky

Anda juga boleh bercakap dengan ahli keluarga atau  kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda .  Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu mengurangkan kesedihan dalam diri anda.

#6 Berurut

Foto: Techinfus

Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang.  Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Mengurut di bahagian kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.

#7 Berehat dan mendengar muzik

Foto: Minda Rakyat

Jika stress, anda juga patut mendengar alunan muzik yang  lembut.  Muzik  dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relaks serta  pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda  berasa tenang.  Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.

#8 Beriadah

Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti  di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.  Lakukanlah aktiviti yang anda sukai.  Aktiviti riadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta melupakan masalah yang berlaku.

#9 Bersenam

Foto: Men’s Health

Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Melalui senaman yang dilakukan, ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin. Malah, anda akan berasa lega dan bertenaga. Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.

#10 Berfikiran positif

Foto: Medium

Antara penyebab stress, ialah disebabkan sangkaan dan tafsiran kita sendiri terhadap sesuatu. Anda seharusnya berfikiran secara positif di mana anda boleh cuba melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.

Percayalah, setiap masalah itu pasti ada penyelesaiannya. Anda harus yakin dan percaya bahawa anda boleh atasi stres!

Walaubagaimanapun, kaedah 10B hanya boleh membantu dalam mengawal stres untuk jangka masa pendek. Jika anda mengalami stres yang berpanjangan, sila rujuk pakar dengan segera.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.