fbpx
Now Reading
Sudah Mula Dibuka Pada 12 Julai, Ini Cara & Panduan Untuk Mohon Pengeluaran KWSP i-Citra

Sudah Mula Dibuka Pada 12 Julai, Ini Cara & Panduan Untuk Mohon Pengeluaran KWSP i-Citra

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin ramai sudah pun mengetahui yang permohonan untuk pengeluaraan KWSP i-Citra sudah mula dibuka semalam, 12 julai , 3 hari lebih awal tarikh yang diumumkan sebelum ini.

Siapa yang layak memohon ?

Kriteria untuk memohon adalah ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, baik warganegara mahupun bukan warganegara dan pemastautin tetap Selain itu mereka perlu mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Had pengeluaran sehingga RM 5,000

Had pengeluaran bagi kemudahan ini pula ditetapkan sehingga RM 5,000 (tertakluk pada simpanan) bagi setiap ahli dimana pengeluaran akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu.

Namun jika ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 pula akan digunakan.

Tanpa membuang masa di bawah kami kongsikan cara-cara memohon pengeluaran i-Citra :

1.Layari laman icitra.kwsp.gov.my dan pilih PERMOHONAN
2.Masukkan nombor MyKad/MyPR anda serta nombor telefon bimbit
3.Tekan butang Teruskan dan sila sahkan identiti anda menerusi pengesahan soalan keselamatan atau nombor OTP
4.Tentukan Amaun Pilihan Pengeluran. Gunakan penunjuk untuk menetapkan amaun yang anda mahukan. (Harus diingatkan amaun pengeluaran tidak boleh dipinda selepas ini )
5. Tekan Teruskan
6.Masukkan segala maklumat dan info anda, jenis pembayaran serta lengkapkan kaji selidik diikuti butang Teruskan
7.Semak segala butiran yang anda masukkan. Jika semunya tepat tandakan Betul dan tekan butang Hantar
8. Selesai!

Untuk lebih mudah tonton video di bawah :

Sebagai rekod, pengeluaran ini tidak akan menjejaskan bayaran bulanan i-Sinar ahli yang masih berjalan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.