fbpx

“Sekarang Dah Licin” – Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Baiki Pintu ‘Sliding’ Ketat & Tersekat [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin ramai dari anda pasti ada menggunakan pintu jenis sliding di rumah. Bukan sahaja kelihatan cantik, pintu sliding juga memudahkan kita untuk melihat pemandangan di luar rumah.

Kebiasaanya dipasang di bahagian depan rumah, ada juga sesetengah rumah yang menggunakan pintu sebegini di bahagian balkoni.

Namun satu yang kurang digemari tentang pintu sebegini adalah ia apabila sampai satu masa akan menjadi ketat sehingga sukar ditolak mahupun ditarik. Gunalah tenaga sekuat mana pun ia tetap akan tersekat.

Penghujungnya anda terpaksa mengupah seseorang untuk membaiki pintu tersebut atau masalah tersebut akan kekal sampai bila-bila.

Namun sebelum mengupah orang lain apa kata ikuti perkongsian seorang pengguna TikTok @jason_jezi, dulu dimana dia ad berkongsi tips mudah cara membaiki pintu sliding yang ketat dan tersekat

Menurut Jason, kejadian sebegini biasanya terjadi disebabkan skru di bahagian bawah pintu sudah terlonggar sehingga menyebabkan pintu sliding menurun dan rapat ke rel. Geseran diantara pintu dan rel menyebabkan pergerakan pintu tersebut sukar dilakukan.

Jadi bagi membetulkannya, anda hanya perlu mengetatkan skru pada bahagian lubang yang ditunjukkannya.

Selain itu anda juga perlu memastikan rel dan pintu bersih dari sebarang kotoran pasir dan gumpalan habuk. Jadi gunakan kain dengan mengelap di bahagian permukaan tersebut ada ia bersih.

Tonton video di bawah :

@jason_jezi

#Pintu #Slide sudah lama pakai mesti ada masalah susah tarik, senang saja cuba ni #TikTokGuru #jombelajar #learnontiktok

♬ STAY – The Kid LAROI & Justin Bieber

Selain itu cara tambahan yang boleh anda lakukan adalah dengan meletak minyak pelincir/ gris pada bahagian roda di bawah pintu tersebut

Namun sebagai info, sekiranya usaha mengetatkan skru seperti yang dikongsikan Jason ini tidak menjadi, besar kemunginan roller pada pintu anda sudah rosak ataupun pecah. Sebaiknya dapatkan bantuan orang yang lebih pakar dalam urusan sebegini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.