fbpx
Now Reading
Tak Perlu Ke Bank! Ini Cara Tukar Kad ATM/Debit Maybank Yang Tamat Tempoh Atau Rosak Secara Online

Tak Perlu Ke Bank! Ini Cara Tukar Kad ATM/Debit Maybank Yang Tamat Tempoh Atau Rosak Secara Online

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin semua cukup tahu yang setiap kad bank mempunyai tempoh luput dan perlu ditukar apabila tiba masanya.

Selain itu ada juga kad bank yang perlu ditukar lebih awal antaranya disebabkan kerosakan pada cip sehingga ianya tidak dapat digunakan lagi.

Namun tahukah anda untuk urusan menukar kad sebenarnya boleh dilakukan secara online sahaja?

Sebagai contoh, Maybank kini membenarkan pembaharuan atau penukaran kad debit secara online kecuali kes membabitkan kehilangan atau kecurian kad atau terlupa nombor Pin.

Dengan memilih kaedah tersebut, anda juga tidak perlu ke bank untuk mengambil kad yang sudah siap sebaliknya ia akan terus dipos ke alamat yang anda mahukan. Mudah kan?

Jadi untuk pengguna Maybank, di bawah kami kongsikan cara untuk anda menukarkan kad ATM/debit Maybank anda secara online dengan hanya menggunakan Maybank2u.

#1 Log masuk ke akaun Maybank2U anda

#2 Tekan butang profile di penjuru kanan diikuti butang Settings

2(a) Tekan butang profile

2(b) Tekan butang settings

#3 Pilih tab cards

#4 Pilih Debit Cards – Replace, Activate & Block

#5 Tekan butang titik tiga seperti dalam bulatan di bawah dan tekan replace card :

5(a) Tekan butang tiga titik seperti di bawah

5(b) Pilih replace card seperti di bawah

#6 Lengkapkan info, klik di T&C dan tekan Replace card.

Lengkap alamat anda termasuk poskod dan negeri untuk penghantaran Card kemudian Click di T&C untuk setuju, diikuti butang Replace Card.

#7 Tekan request SMS TAC dan isi TAC yang diterima diruangan yang disediakan.

Tekan request SMS TAC dan isi TAC yang diterima diruangan yang disediakan. Kemudian masukkan Tac dan tekan butang Confirm

Selesai! Kad debit baharu anda akan dihantar dalam tempoh 9 hari bekerja dari tarikh permohonan. Namun harus diingatkan setiap pertukaran kad baharu bagi kad rosak akan dicaj sebanyak RM12.00 dimana ia akan ditolak terus dari baki akaun anda.

Apa patut dilakukan jika kad sudah tiba?

Sebaik menerima kad tersebut, anda perlu mengaktifkannya sebelum dibenarkan untuk menggunakannya.

Bagi proses pengaktifan, terdapat dua kaedah yang boleh dilakukan iaitu :

1. Melakukannya di mana-mana ATM Maybank atau ;
2. Melakukan pengaktifan secara onlinbe

Untuk pengaktifkan di ATM , ini cara-caranya :

1.Masukkan kad anda
2.Pilih bahasa
3.Masukkan nombor PIN
4.Tekan Transaksi lain
5.Tekan Perkhidmatan lain
6.Tekan skrin berikutnya
7.Tekan pada Pengaktifan Kad

Untuk mengaktifkannya secara dalam talian pula, kaedah hampir sama dengan memohon pembaharuan card namun anda hanya perlu memilih activate berbanding replace card. Ikuti cara-caranya di bawah:

1.Log masuk laman web Maybank2U
2. Tekan settings
3. Tekan Cards
4.Tekan Manage Debit Cards


5.Klik Activate

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.