fbpx

Tips Mudah Hapuskan Lipas Dari Rumah & Kereta Hanya Dengan 3 Bahan Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tipulah kalau anda cakap anda tidak jijik dengan kehadiran lipas baik didalam kenderaan mahupun di rumah.

Lebih menjelekkan jika kuantiti makhluk perosak ini semakin hari semakin bertambah dan semakin berani merayap kerana lipas antara serangga yang mampu membiak dengan cepat dan pantas.

Namun jangan risau, sebenarnya ada petua orang tua-tua kita untuk menghapuskan lipas yang wujud baik didalam kereta mahupun di rumah.

Menerusi perkongsian lama yang dilakukan seorang pengguna Twitter,  Muhammad Ridhwan Abdul Rashid, petua yang dipelajari dari neneknya berjaya memerangkap sejumlah lipas yang terdapat didalam keretanya.

Malah menurutnya kaedah tersebut turut menjadi apabila dicuba di rumah seorang rakannya.

Hasil tangkapan di rumah kawannya

Untuk melakukannya mudah sahaja, anda hanya memerlukan tiga bahan yang sering kita gunakan di dapur iaitu :

#1 Minyak masak yg sudah digunakan
#2 Susu pekat manis
#3 Marjerin

Caranya juga adalah mudah, anda hanya perlu mencampurkan ketiga-tiga bahan diatas (sukatan adalah bebas) dan digaul sebati.

Kemudian biarkan sebatian tersebut semalaman di lokasi yang perlu, samaada di dalam kereta ataupun di kawasan gelap yang menjadi tempat persembunyian lipas dirumah (sebagai contoh dalam almari) dan tunggu hasilnya keesokan hari.

Selamat mencuba!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.