Tak Perlu Ke Kedai Foto, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Gambar Pasport Di Rumah Untuk Pengguna iPhone
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum pasti tahu yang banyak urusan rasmi yang memerlukan kita untuk menggunakan gambar berukuran passport antaranya untuk memohon pekerjaan, memperbaharui pasport, lesen memandu, kemasukan sekolah dan banyak lagi.
Memandangkan ramai yang tak rajin menyimpan gambar pasport mereka, cara yang paling biasa dilakukan adalah dengan berkunjung ke kedai Foto dan mengambil gambar yang baharu.
Namun kalau ada kekangan masa mungkin sukar bukan? Malah kosnya juga bukan murah.
Jangan risau, buat pengguna iPhone anda sebenarnya boleh melakukan semua ini di rumah hanya dengan menggunakan peranti anda sahaja. Tapi kenalah ada seseorang untuk bantu ambilkan foto anda bukan?
Hanya guna aplikasi
Menerusi TikTok, seorang pengguna Dato Michael Lim telah berkongsi kepada orang ramai cara mudah untuk mengambil foto pasport di rumah hanya dengan menggunakan aplikasi ID Photo.
Bukan itu sahaja, aplikasi ini turut menawarkan anda dengan 3 warna latar belakang iaitu biru, putih dan merah untuk disesuaikan dengan urusan anda.
Namun urusan di negara kita kebiasaannya menggunaka biru dan putih sahaja bukan?
Muat turun
Anda boleh memuat turun aplikasi tersebut di sini atau copy paste pautan ini ke browser anda: https://apps.apple.com/us/app/id-photo-passport-photo-maker/id132777633.
Bagaimana menggunakannya?
Langkah dan caranya juga mudah iaitu :
- Buka aplikasi
- Tekan butang Take Photo.
- Pastikan permukaan latar belakang anda bersih.
- Ambil gambar.
- Tekan Use Photo.
- Pilih 1 inch
- Laraskan cahaya mengikut kesesuaianda anda.
- Pilih warna latar belakang.
- Simpan gambar anda! Selesai!
@datomichaellim_oe Senang & cepat boleh dapat gambar passport skrg ya😎#datomichaellim #tiktok #tiktokindonesia #tiktokmalaysia #tiktokguru #memangmeow #hypershoe #erke ♬ original sound – Dato’ Michael Lim
Menurut Dato Michael, aplikasi ini juga boleh digunakan pengguna Android, namun carian kami setakat ini tidak berjaya menemukan aplikasi berkenaan di Goole Play Store.
Sekadar info, spesifikasi saiz foto bagi yang diterima bagi pembaharuan pasport di Malaysia ialah 35mm x 50mm. Anda juga boleh memasukkan custom size ini pada langkah 6 dengan menekan link ‘Dont have the size u want’ dan menekad butang Add diikuti saiz 35mm (w) dan 50mm(H) pada ruangan tersebut.