fbpx
Now Reading
Ini Cara Tukar Kad Debit Maybank Menerusi Kiosk Sahaja [Video]

Ini Cara Tukar Kad Debit Maybank Menerusi Kiosk Sahaja [Video]

Bukan sahaja mudah, malah urusan menggantikan kad debit anda hanya memakan masa beberapa minit sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin semua cukup tahu yang setiap kad bank mempunyai tempoh luput dan perlu ditukar apabila tiba masanya.

Selain itu ada juga kad bank yang perlu diganti lebih awal antaranya disebabkan kerosakan pada cip sehingga ianya tidak dapat digunakan lagi.

Nak atau tak nak, anda tetap perlu menukarkan kad bank tersebut bagi melancarkan urusan harian anda.

Namun tahukah anda Maybank ada menyediakan kiosk untuk memudahkan pelanggan mereka menukar kad debit dengan pantas dan mudah tanpa perlu berurusan di kaunter? Bukan itu sahaja, anda juga tidak perlu membuat temu janji jika ingin menggunakan kiosk berkenaan.

Menerusi TikTok, seorang pengguna @ejal.asv telah berkongsi kepada orang ramai cara-cara untuk menggantikan kad debit mereka di kiosk yang diberi nama Express Debit Card Replacement Kiosk Maybank ini.

Dengan hanya beberapa langkah, dia berjaya menukar kad debitnya yang sudah tamat tempoh dengan kad yang baru. Bukan itu sahaja, sewaktu melakukan penukaran, pelaki ini turut berpeluang memilih kad debit yang diminatinya.

Jadi ikuti langkah di bawah untuk memudahkan anda menukar kad debit tersebut :

  1. Masukkan kad debit anda
  2. Letakkan nombor pin.
  3. Pilih jenis kad debit baharu yang anda mahukan.
  4. Masukkan MyKad anda pada slot yang disediakan.
  5. Letakkan ibu jari pada scanner untuk pengesahan identiti.
  6. Selepas selesai, ambil kembali MyKad anda.
  7. Tunggu kad debit baru anda sedang diproses.
  8.  Sebaik selesai, ambil kad baharu yang diberikan.

Video

@ejal.asv Aku je ke baru tahu wey 😌 #fypシ #fyp #foryou #fypage #viral #fypppppppppppppp ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Lokasi kiosk

Menerusi carian kami, Express Debit Card Replacement Kiosk Maybank setakat ini hanya ditawarkan di beberapa kawasan di setiap negeri dengan kebanyakannya di Lembah Klang.

Sekiranya anda bercadang untuk menggunakan mesin ini, bolehlah pergi ke lokasi-lokasi di bawah :

Johor/ Melaka/ Negeri Sembilan

  • 106-108, Jalan Wong Ah Fook,80000 Johor Bahru.
  • Jalan Zabedah,No 84, Jalan Rahmat, 83000 Batu Pahat,Johor
  • 104, Jalan Abdullah,80400 Muar,Johor
  • 114 & 114A, Graha Peladang,Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka,P.O. Box 173, 75730
  • PT 7443, Jalan BBN 1/2F, Bandar Baru Nilai ,71800 Nilai
  • 166-169, Jalan Dato Bandar Tunggal, 70000 Seremban, P.O. Box 163, 70720 Seremban

Pahang/ Terengganu/ Kelantan

  • 61-65, Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan, P.O. Box 119, 25720 Kuantan, Pahang.
  • No 92, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu,Terengganu.
  • 3880-E, Jalan Mahmood,15200 Kota Bharu, Kelantan

Perak/ Kedah/ Pulau Pinang/ Perlis

  • 234-237 Jalan Chung Thye Phin, 34000 Taiping, Perak
  • 1535, Jalan Sultan Badlishah,05000 Alor Star,P.O. Box 82,05710 Alor Star, Kedah
  • Penang Road Branch, 1 Arked Ria Satu Komtar, 10000 Georgetown, Penang
  • Upper Grd. Floor, Menara KWSP,Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar,P.O. Box 38, 01700 Kangar, Perlis

Lembah Klang (KL/Selangor)

  • Lot 7, 8 & 9, Departure Hall,Level 1, KL City Air Terminal (KLCAT) KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur
  • 1st Floor, Menara Maybank,100, Jalan Tun Perak, 50050, Kuala Lumpur
  • 2, Lorong Rahim Kajai 14,Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur
  • G(E) – 016, Ground Floor, Mid-Valley Megamall, Mid-Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
  • Lot C-21-C,Concourse Expansion, Suria KLCC, KL City Centre 50088 Kuala Lumpur
  • L1-03 , L1-06, L2-03, Level 1 & 2, Menara Maxisegar,Jalan Pandan Indah 4/2, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur
  • 10 Persiaran Perbandaran Section 14, 40000 Shah Alam, Selangor
  • G32, 33 & 35, Ground Floor, AEON Shah Alam, Lot 2437, NP 1, Jalan Akuatik 13/64, D’Kayangan Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
  • 10 Persiaran Perbandaran Section 14, 40000 Shah Alam, Selangor
  • 188 & 190 Jalan Batu Unjur 1, Bayu Perdana, 41200 Klang
  • 14-22, Jalan Kepayang, Off Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor
  • No 7 & 9, Jalan 9/9C, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,43650 Bangi, Selangor
  • Ground & Mezzanine Floor, 28-30, Jalan Tukang, 43000 Kajang, Selangor
  • 20G – 28G, Jalan Wawasan 4/5, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor
  • No 39, Jln USJ 10/1G, 47620 Subang Jaya, Selangor
  • No. 7, Jalan Kenari 1,Bandar Puchong Jaya, Jalan Puchong,47100 Puchong, Selangor
  • Lot A1, A2 & A3, Jln Reef 1/1, Pusat Perniagaan Reef, 48000, Rawang Selangor

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.