fbpx
Now Reading
5 Check List Penting Sebelum Melakukan Aktiviti Outdoor

5 Check List Penting Sebelum Melakukan Aktiviti Outdoor

Nampak mudah, namun jika alpa anda mungkin merana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hampir dua tahun lebih kita telah berdepan dengan situasi pandemik Covid-19, daripada tidak dapat melakukan aktiviti di luar sehinggalah secara perlahan-lahan banyak aktiviti mula dibenarkan semula.

Bersempena cuti sekolah ini, ramai ibu bapa yang mengambil peluang membawa anak-anak mereka bercuti.

Bukan sahaja mengujakan, aktiviti seperti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Selain itu, dapat menghasilkan hormon-hormon yang baik seperti endorphin iaitu hormon gembira dan dalam masa yang sama kita juga dapat menjamu mata dengan keindahan alam semulajadi.

Namun begitu, dalam keseronokkan kita juga perlulah membuat beberapa persediaan sebelum memulakan aktiviti outdoor ini, terutama kepada yang baru nak menceburi aktiviti ini.

Di bawah ini kami sediakan lima tips sebagai kesiapsiagaan anda sebelum memulakan aktiviti outdoor.

#1 Ketahui Tahap Kesihatan Anda

Aktiviti outdoor ini banyak melibatkan pergerakan fizikal di mana anda akan menggunakan tenaga anda lebih daripada biasa. Oleh itu, anda disarankan untuk mengetahui tahap kesihatan anda.

Sekiranya anda menghidapi penyakit seperti asma, jantung dan lain-lain, adalah lebih baik untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor sebelum bercadang untuk melakukan aktiviti ini.

#2 Menggunakan Pakaian Yang Sesuai

Seterusnya, adalah pakaian perkara yang perlu dititikberatkan, pemakaian yang salah akan menyebabkan anda rasa tidak selesa dan menganggu mood untuk melakukan aktiviti outdoor.

Gunakan baju dan seluar yang selesa di mana ia tidak terlalu besar atau sempit. Anda juga dinasihatkan untuk menggunakan kasut sukan yang dalam keadaan baik agar memudahkan perjalanan.

#3 Periksa Alat Peralatan Yang Ingin Dibawa

Kemudian, senaraikan semua barang yang ingin dibawa dan periksa setiap peralatan.

Kebiasaannya peralatan yang diperlukan seperti beg, khemah, lampu suluh serta bawa sedikit bahan makanan serta minuman adalah diantara yang diperlukan.

Walau bagaimanapun, elakkan membawa beg yang terlalu berat kerana ini akan menyukarkan lagi anda untuk mendaki dan berjalan nanti. Jadi anda perlulah buat pilihan yang bijak.

#4 Ketahui Tahap Ketahanan Diri

Ini adalah sangat penting, jika sudah tidak mampu janganlah memaksa diri untuk meneruskan perjalanan.

Ambil masa untuk berehat dan lakukan perlahan-lahan, tidak lari gunung dikejar yang penting adalah konsisten.

#5 Periksa Ramalan Kaji Cuaca

Sekiranya keadaan cuaca sering hujan, elakkan untuk melakukan aktiviti outdoor.

Hal ini kerana, keadaan tanah yang licin serta hujan yang berterusan akan mendedahkan anda kepada risiko seperti jatuh atau cedera semasa melakukan aktiviti ini. Janganlah kerana ego badan yang merana, sayangi diri anda.

Berdasarkan tips di atas, kini anda sudah bersedia untuk memulakan aktiviti anda bersama yang tersayang. Aktiviti outdoor ini adalah aktiviti yang menyeronokkan serta mencabar namun jika anda sudah membuat persediaan pasti ia akan menjadi lebih mudah.

Image credit: Freepik/ pixabay/ pexel

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.