fbpx
Now Reading
Lakukan 5 Perkara Ini Untuk Elak Renjatan Elektrik Semasa Guna Alat Pemanas Air

Lakukan 5 Perkara Ini Untuk Elak Renjatan Elektrik Semasa Guna Alat Pemanas Air

Periksa terlebih dahulu sebelum menggunakan alat pemanas air.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggunaan water heater atau pemanas air di dalam bilik mandi kini telah menjadi satu keperluan bagi sesetengah pihak.

Dengan adanya pemanas air di bilik mandi ia dapat menjimatkan masa serta memudahkan urusan seseorang terutama bagi mereka yang suka mandi dengan air panas.

Tidak dinafikan mandi dengan menggunakan air panas dapat memberikan bermacam-macam manfaat kepada badan kita, seperti dapat membantu tidur yang lebih lena, melegakan otot yang sakit serta banyak lagi.

Namun begitu, tahukah anda bahawa anda perlu memeriksa fungsi ELCB pada alat pemanas air anda?

Apakah ELCB?

ELCB atau Earth Leakage Circuit Breaker merupakan satu komponen elektrik yang ada pada alat pemanas air. Ia berfungsi sebagai satu alat keselamatan bagi mengesan kebocoran arus elektrik.

Hal ini kerana, kebocoran elektrik boleh berlaku di dalam bilik air dan boleh menyebabkan seseorang itu terkena renjatan elektik yang disalurkan melalui air, malah ia juga boleh menyebabkan berlakunya kematian.

Inilah yang berlaku di Cameron Highland, apabila sepasang suami isteri ditemui mati kerana terkena renjatan elektrik di dalam bilik air semasa mandi menggunakan alat pemanas air.

Menerusi siasatan, polis menemui kesan terbakar pada tapak tangan isteri dan dipercayai terkena renjatan elektrik semasa ingin membantu suaminya.

Bagaimanakah cara untuk memeriksa fungsi ELCB?

Walau bagaimanapun, insiden seperti ini dapat dielak sekiranya anda lakukan beberapa tips keselamatan ini.

#1 Periksa jenama alat pemanas air dan pastikan mempunyai ELCB

Sebelum hendak membeli alat pemanas air, adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan jenama yang terkenal. Hal ini kerana, reputasi yang dibina oleh jenama berkenaan tentang produk mereka lebih menyakinkan berbanding jenama yang jarang didengari.

Selain itu, pastikan alat pemanas air yang dibeli atau yang ada di rumah anda mempunyai komponen ELCB.

#2 Jangan halakan pemancut air ke alat pemanas air.

Apabila hendak menggunakan air panas jangan sesekali menghalakan alat pemancut air terus ke alat pemanas air.

Ini bertujuan untuk mengelakkan air daripada terkena arus elektrik yang disalurkan kepada alat berkenaan.

#3 Pastikan ELCB berfungsi

Anda juga digalakkan untuk memeriksa fungsi ELCB dengan menekan butang ‘test’ atau butang yang berlabel ELCB sehingga elektrik akan terpadam serta merta.

Kemudian tekan butang ‘reset’ untuk memastikan keadaan baik dan boleh berfungsi seperti biasa.

#4 Periksa ELCB rumah

Selain itu, pastikan ELCB utama di rumah anda diuji dengan kerap serta berfungsi dalam keadaan yang baik

#5 Dipasang oleh orang yang bertauliah dalam bidang elektrik

Sekiranya anda membeli alat pemanas air ini melalui talian atau dibeli terus dari kedai, adalah lebih baik sekiranya anda memanggil orang yang berkemahiran dalam bidang elektrik untuk memasangnya.

Hal ini kerana, seseorang yang mahir dalam bidang elektrik pasti akan melakukan pemeriksaan kepada arus elektrik yang ada di dalam rumah anda sebelum mereka memasang alat pemanas air tersebut.

Oleh itu, dengan melakukan cara-cara yang telah diberikan di atas, ia secara tidak langsung dapat membendung dari berlakunya insiden seperti renjatan elektrik di dalam bilik mandi.

Kredit gambar: Freepik/ Pexel / Pixabay

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.