Buat mereka yang pernah dijangkiti Covid-19, salah satu gejala yang mungkin berkekalan selepas sembuh adalah kelesuan dan sesak nafas selain batuk.
Dikenali sebagai ‘Long COVID’, sindrom ini yang boleh berpanjangan sehingga empat minggu sebenarnya perlu diberikan penelitian bagi mengelakkan kesan berterusan kepada kesihatan bekas pesakit.
Salah satu perkara yang boleh dilakukan untuk mengawal gejala lesu dan letih ini adalah dengan melakukan senaman pernafasan.
Tiga teknik pernafasan
Menerusi TikTok, seorang pakar perubatan, Dr Hadi Othman telah berkongsi tiga teknik pernafasan yang boleh dilakukan sekiranya anda pernah dijangkiti wabak COVID-19.
Tiga teknik yang dimaksudkan ialah deep breathing exercise, long huff dan short huff.
#1 Deep breathing exercise
Bagi deep breathing exercise, anda perlulah menarik nafas menggunakan hidung sedalam-dalamnya dengan kadar perlahan. Kemudian tahan nafas anda selama lima saat sebelum menghembuskannya secara perlahan-lahan.
#2 Long huff
Bagi teknik long huff, anda perlu menarik nafas dan tahan selama dua saat. Kemudian, hembus nafas dengan kuat dalam kadar perlahan.
#3 Short huff
Bagi short huff pula, anda perlu menarik nafas dan tahan selama dua saat sebelum menghembuskan nafas dengan kuat dalam kadar laju.
Bagi memudahkan anda, rujuk video yang dikongsikan Dr Hadi di bawah :