fbpx
Now Reading
Sukar Dapatkan Tidur Yang Lena Pada Waktu Malam? Ikuti 5 Tips Ini

Sukar Dapatkan Tidur Yang Lena Pada Waktu Malam? Ikuti 5 Tips Ini

Tidur yang lena serta mencukupi dapat membantu anda mengekalkan mood yang baik pada hari esoknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pernahkah anda berdepan dengan satu situasi dimana anda cuba untuk memejamkan mata anda namun masih juga tidak dapat tidur?

Kita semua pasti pernah mengalami situasi sebegini, dan apabila tidak dapat tidur mulalah berfikir yang bukan-bukan.

Tidur merupakan satu perkara yang sangat penting bagi sistem badan, kerana pada waktu inilah kita dapat merehatkan diri setelah seharian melakukan bermacam-macam aktiviti..

Bukan itu sahaja, tidur yang kurang juga boleh menyebabkan mental dan fizikal seseorang itu terganggu, jadi nak mulakan kehidupan pada hari esoknya pun tak seronok.

Walau bagaimanapun, mungkin anda boleh menggunakan beberapa tips di bawah ini untuk membantu tidur anda lebih lena.

#1 Selaraskan waktu tidur

Foto: Pexel

Anda mungkin tidak mempunyai waktu yang tetap untuk tidur, dan ini adalah salah sebab anda mempunyai masalah sukar untuk tidur.

Tetapkan satu waktu untuk anda tidur dan bangun, kerana ia dapat membantu mengatur jam dalam badan tubuh serta meningkatkan kualiti tidur.

Jika anda seorang yang gemar tidur pada waktu siang, anda disarankan untuk menghadkan waktu tidur siang anda lebih pendek seperti 10-15 minit sahaja.

#2 Kurangkan diri daripada terdedah dengan cahaya sebelum tidur

Foto: Pexel

Melatonin merupakan hormon semula jadi yang dikawal oleh pendedahan cahaya dan ia berfungsi dalam membantu untuk mengatur kitaran bangun dan tidur anda.

Sebelum tidur elakkan diri anda daripada terdedah kepada cahaya skrin lebih kurang dalam satu ke dua jam.

Seterusnya, apabila hendak tidur pastikan cahaya di dalam bilik anda dimalapkan atau dipadamkan kerana ini membantu untuk anda untuk melelapkan mata.

#3 Lakukan senaman

Foto: Pexel

Anda disarankan untuk melakukan senaman ketika di siang hari, kerana individu yang selalu bersenam akan lebih mudah untuk mendapatkan tidur yang lena serta nyenyak.

Sekirnya, anda merupakan seorang yang sangat sibuk atau mungkin tidak mempunyai masa yang banyak untuk bersenam. Jangan bimbang anda juga boleh melakukan senaman ringan dalam tempoh 10 minit seperti berjalan kaki atau sedikit regangan badan.

#4 Penjagaan makanan serta minuman

Ada diantara anda mungkin adalah seorang peminat kopi atau teh, sebenarnya tidak ada masalah jika anda adalah peminat minuman tersebut.

Namun, anda disarankan untuk tidak mengambil minuman berkafein beberapa jam sebelum tidur.

Selain itu, cuba elakkan makan hidangan yang terlalu berat sebelum tidur. Jika berasa lapar cuba ambil seperti buah-buahan atau minum air kosong mungkin ini dapat membantu.

#5 Tenangkan fikiran

Foto: Pexel

Kepala yang runsing kerana tertekan memikirkan bermacam-macam masalah akan membuatkan anda sukar untuk tidur. Emosi juga memainkan peranan yang penting untuk anda setkan minda anda untuk tidur.

Cuba atasi masalah ini dengan melakukan beberapa perkara yang dapat menenangkan anda sebelum tidur, sebagai contoh mendengar muzik yang mendamaikan, mempunyai cahaya bilik tidur yang malap, serta pastikan diri anda berada dalam keadaan selesa.

Semoga dengan tips yang diberikan ini dapat membuatkan anda tidur dengan lena. Namun, sekiranya anda masih mempunyai masalah tidur yang berlarutan adalah lebih baik jika anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.