Doktor Ini Kongsi Enam Cara Atasi Masalah Brain Fog Selepas Sembuh Covid-19 [Video]

Umum mengetahui virus Covid-19 ini telah banyak menyerang rakyat Malaysia, malah lebih teruk lagi apabila selepas sahaja terkena virus ini mungkin ada yang mengalami simptom post Covid-19.

Terdapat banyak simptom-simptom post Covid-19 antaranya adalah seperti rasa badan lesu, sukar untuk tidur, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, serta rasa lepu dan sukar untuk memberi fokus ketika melakukan sesuatu aktiviti.

Apa itu Brain Fog?

Keadaan ini dipanggil sebagai Brain Fog atau kabut otak, simptom ini terjadi disebabkan keradangan yang berlaku di bahagaian dalam saraf otak sehingga menyebabkan seseorang terganggu.

Walau bagaimanapun, mereka yang mengalami simptom ini tidak perlu risau kerana ia boleh dirawat dengan mengamalkan 6 cara.

Cara-cara ini telah dikongsikan oleh Doktor Hadi Othman di akaun TikTok miliknya sebagai panduan bagi mereka yang mengalami gejala sebegini.

Enam solusi atasi masalah Brain Fog

1. Lakukan senaman
Lakukan senaman kerana melalui senaman anda dapat meningkatkan pernafasan, ia menyebabkan banyak oksigen yang akan dibawa kepada otak.

Menurutnya, apabila oksigen sampai kepada otak ia secara tidak langsung dapat memulihkan semula keradangan yang berlaku serta memulihkan fungsi-fungsi otak kembali kepada sedia kala.

2. Makan makanan sihat
Anda disarankan untuk mengambil makanan seperti minyak zaitun, kekacang, sayur-sayuran serta buah-buahan.

3. Elakkan dadah dan arak
Jauhi arak dan dadah. Ini kerana pengambilan arak dan dadah adalah bahaya kepada kesihatan.

4. Dapatkan tidur yang cukup
Dapatkan tidur yang mencukupi. Apabila badan mendapat tidur yang cukup, otak dan badan anda akan mengeluarkan sisa-sisa toksin keluar daripada badan.

5. Banyakkan sertai program kemasyarakatan
Anda digalakkan menyertai program kemasyarakatan kerana melalui program ini ia secara tidak langsung dapat membantu otak anda untuk berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.

6. Meditasi muzik dan bunyi
Anda juga boleh mendengar muzik meditasi sebagai contoh sekiranya anda seorang muslim anda boleh membaca atau mendengar ayat-ayat Al-Quran.

Tambahnya, melalui kajian yang dilakukan seseorang yang banyak menghafal Al-Quran serta mengamalkan apa yang dihafalnya mempunyai daya ingatan yang sangat kuat.

Oleh itu, anda yang mempunyai masalah Brain Fog bolehlah mengamalkan enam solusi yang diberikan ini agar anda boleh fokus semula ketika melakukan aktiviti harian.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

2 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

4 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

20 hours ago