fbpx
Now Reading
Peti Sejuk Busuk? Guna 5 Bahan Mudah Ini Untuk Buat Peti Sejuk Anda Wangi Semula

Peti Sejuk Busuk? Guna 5 Bahan Mudah Ini Untuk Buat Peti Sejuk Anda Wangi Semula

Wah mudahnya cara dan bahan yang diperlukan pun tak mahal malah boleh diamalkan selalu tips ni.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buka sahaja peti sejuk, dah semerbak bau busuk memenuhi ruang udara. Jika tidak dibersihkan dengan cepat, bau busuk mungkin akan melekat pada makanan-makanan yang ada di dalam peti sejuk.

Adakah anda mengalami masalah seperti situasi di atas? Apabila sudah dibersihkan, tapi bau peti sejuk masih lagi sama dan tidak berubah?

Haa, sebenarnya ada beberapa cara yang mudah boleh anda lakukan dan paling penting bahan-bahan ini semua pasti ada di rumah anda.

Jom ketahui lima bahan yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau busuk sekaligus menjadikan peti ais korang wangi dan menyegarkan.

#1 Daun pandan

Foto: Freepik

Daun pandan merupakan salah satu tumbuhan yang mempunyai bau yang tersendiri.

Selain selalu digunakan dalam masakan kerana mahukan rasa dan aromanya, anda juga boleh menggunakan daun pandan untuk memerangkap bau busuk yang ada dalam peti sejuk anda.

Caranya, ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan semalaman di dalam peti sejuk. Esoknya pasti peti sejuk anda berbau wangi.

#2 Roti

Foto: Freepik

Roti dikatakan boleh membantu untuk menyerap bau busuk yang ada di dalam peti sejuk. Caranya, letakkan beberapa keping roti di dalam peti sejuk serta biarkan sehingga ia kering. Bau busuk yang ada pasti akan hilang.

#3 Serbuk penaik

Foto: Pexel

Serbuk penaik atau baking soda memang sering digunakan untuk aktiviti mencuci atau menghilangkan bau. Kerana ia dikatakan sebagai satu ejen yang bertindak dengan cepat dalam menyahkan bau serta kotoran yang ada pada suatu kawasan.

Caranya, taburkan serbuk penaik di atas satu piring kecil kemudian masukkan ke dalam peti sejuk dan tutup pintu sehingga bau busuk hilang.

#4 cuka

Foto: Freepik

Selain roti, cuka juga boleh bertindak untuk menyerap bau busuk yang ada di dalam peti sejuk.

Untuk membuatkan peti sejuk anda berbau wangi dan segar, caranya adalah anda campurkan cuka beserta dengan sebiji lemon kemudian lapkan di bahagian dalam peti sejuk.

#5 Oat

Foto: Pexel

Ramai yang tidak tahu sebenarnya oat juga mempunyai kegunaan lain selain bagus untuk mereka yang mengamalkan makanan sihat. Tetapi sebenarnya oat juga berfungsi untuk menyerap bau busuk yang ada dalam peti sejuk anda.

Anda hanya perlu masukkan sedikit oat ke dalam bekas kemudian biarkan di dalam peti sejuk, selepas itu pasti anda akan menyedari bau busuk dalam peti sejuk sudah berkurangan.

Mudah sahaja bukan cara dan bahan yang diperlukan untuk menghilangkan bau busuk dalam peti sejuk? yang penting anda perlu sentiasa bersihkan peti sejuk dan gunakan sahaja salah satu bahan di atas untuk mengekalkan kesegaran peti sejuk anda.

Lepas ini tiada lagi masalah peti sejuk berbau dan kualiti rasa makanan juga dapat dijaga.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.