fbpx
Now Reading
‘Check list’ Ubat Yang Perlu Dibawa Sebelum Balik Kampung Di Hari Raya

‘Check list’ Ubat Yang Perlu Dibawa Sebelum Balik Kampung Di Hari Raya

Tidak dinafikan semua pastinya tidak sabar untuk menyambut Hari Raya, namun buat mereka yang mempunyai anak kecil pastikan kelengkapan ubat-ubatan anda mencukupi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya malah pelbagai persediaan telah dilakukan untuk pulang ke kampung.

Namun dalam kegembiraan kita dalam membuat persiapan untuk pulang ke kampung, ibu bapa yang mempunyai anak kecil perlulah memberi perhatian kepada ubat-ubatan yang perlu dibawa bersama.

Tidak dinafikan kanak-kanak mudah mendapat penyakit kerana mereka mempunyai tahap imuniti yang rendah.

Oleh itu, Public Health Malaysia (PHM) telah menyenaraikan beberapa senarai untuk bayi serta kanak-kanak jika mereka mengalami sakit yang ringan.

Perkara ini dalam masa sama dapat membantu anda, terutama sekiranya kampung halaman anda terletak jauh dari fasiliti kesihatan.

Antara masalah kesihatan ringan yang biasa berlaku kepada kanak-kanak adalah:

  • Demam atau tahan sakit
  • Sakit perut, muntah dan ciriti-birit
  • Alahan ringan yang menyebabkan kegatalan serta ruam
  • Batuk dan selsema

Bagi penyakit yang di atas beberapa jenis ubat-ubatan boleh membantu merawat masalah tersebut seperti:

  • Demam dan tahan sakit
  1. Syrup Paracetemol – Demam dan sakit
  2. Supp Paracetemol – Demam dan sakit (ubat punggung)
  3. Supp Diclofenac – Tahan sakit (ubat punggung)
  • Ubat batuk
  1. Syrup Salbutamol – ubat batuk (untuk bawah dua tahun)
  2. Syrup Benadryl – ubat batuk (dua tahun ke atas)
  • Ubat cair kahak
  1. Syrup Bisolvan
  • Ubat gatal, selsema, alahan (alergic)
  1. Syrup Chlorpheniramine, Actifed – boleh digunakan untuk selsema, gatal-gatal serta alahan (alergic)

Ubat ini juga digunakan untuk kanak-kanak yang berumur atas dua tahun dan ia boleh menyebabkan seseorang itu mengantuk.

  • Cirit-birit atau muntah
  1. Oral Rehydration Salt

ubat ini boleh diambil sekiranya seseorang itu mengalami cirit-birit serta muntah kerana ia berfungsi sebagai terapi untuk mengantikan air dalam tubuh.

  • Ubat gatal
  1. Calamine Lotion/cream

Ubat ini merupakan ubat sapu bagi mereka yang mengalami gatal-gatal.

Namun begitu, terdapat beberapa peringatan yang perlu diberikan perhatian oleh ibu bapa agar ubat-ubatan yang diberikan kepada anak-anak tidak berlebihan atau boleh membawa kepada kemudaratan.

Antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah:

  1. Dos ubat-ubatan bagi anak kecil adalah berbeza daripada dos untuk orang dewasa kerana ia bergantung kepada berat badan.
  2. Terdapat sesetengah ubat-ubatan tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua tahun.
  3. Ubat yang sama juga mempunyai kekuatan atau kepekatan yang berbeza dan ia bergantung daripada mana anda mendapatkannya.
  4. Dapatkan kiraan dos yang betul dan nasihat daripada anggota kesihatan yang profesional berkaitan ubat-ubatan yang diberikan.
  5. Pastikan anda tahu berkenaan sesuatu ubat sebelum memberikannya kepada anak kecil.
  6. Sekiranya gejala penyakit masih tidak berkurang dan semakin teruk, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin.
  7. Pastikan anda mengetahui kaedah untuk menyimpan ubat-ubatan dan cara mengendalikan ubat yang telah digunakan.
  8. Anda juga perlu meletakkan ubat-ubatan ini jauh dari kanak-kanak.
  9. Anda dilarang untuk menggunakan antibiotik kecuali jika anda mendapat saranan daripada doktor.

Haaa ibu bapa diluar sana bolehlah segera masukkan ‘check list’ ubat-ubat ini dalam senarai barang yang perlu dibawa ketika pulang ke kampung nanti.

Dalam gembira kita menyambut Hari Raya itu, jangan pula lupa untuk sentiasa menjaga kesihatan diri serta yang tersayang.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.