fbpx
Now Reading
Adab Yang Perlu Dijaga Ketika Berkunjung Ke Rumah Orang Di Hari Raya

Adab Yang Perlu Dijaga Ketika Berkunjung Ke Rumah Orang Di Hari Raya

Apabila berkunjung ke rumah orang memang seronok sebab jumpa sanak saudara dan kawan tetapi jangan pula lupa untuk menjaga adab.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketika ini kita semua sedang sibuk meraikan hari kemenangan umat Islam yang sudah selama sebulan menjalani ibadah berpuasa.

Apa yang lebih mengujakan lagi, pada Hari Raya ini pasti anda sudah bersiap sedia untuk meraikannya bersama keluarga yang tersayang serta sudah membuat perancangan rumah siapa yang hendak dikunjungi.

Dua tahun tidak dapat pulang ke kampung halaman

Mana tidaknya, dua tahun kita semua tidak dapat meraikan hari kemenangan ini bersama mereka dek kerana virus Covid-19 yang melanda negara. Malah ada juga yang terpaksa beraya seorang diri kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman..

Namun, dalam keseronokan kita semasa menyambut Hari Raya, jangan terlupa untuk menjaga adab sewaktu berkunjung ke rumah orang lain.

Ini kerana ada di antara kita yang seolah terlupa dan tidak peka sama ada sesuatu perkara itu baik atau tidak jika dilakukan

Netizen beritahu adab yang perlu di jaga jika ke rumah orang

Perkara ini turut mendapat perhatian netizen yang membincangkan berkenaan adab serta perkara yang tidak sepatutnya dilakukan ketika berkunjung ke rumah orang.

Antaranya ada yang berpendapat jika berkunjung ke rumah orang jangan terlalu lama, dan ada juga yang menyatakan ibu bapa yang mempunyai anak- anak kecil perlulah dipantau agar tidak terkinja-kinja di rumah orang.

Yang lebih menarik perhatian apabila ada yang berkata jangan merokok di dalam rumah, benar apa yang dikatakan itu.

Merokok di dalam rumah orang adalah satu perkara yang sangat tidak beradab malah turut membahayakan kesihatan tuan rumah kerana terpaksa menghirup udara yang tidak sihat itu.

‘jaga kebersihan rumah tuan rumah’

‘Berpada-pada dalam bertutur’

‘Jangan tanya bila nak ada anak’

Sebenarnya tidaklah susah untuk menjaga adab ketika beraya ke rumah orang, anda cuma perlu praktikkan semula sahaja selepas dua tahun tidak menziarah ke rumah orang.

Yang paling penting jangan menyusahkan tuan rumah, bantulah mana yang boleh. Tujuan kita ziarah menziarah ini bukan sahaja untuk bermaaf-maafan tetapi untuk mengeratkan silaturahim yang sudah lama tidak berjumpa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.